Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Sebelum saudara dan sahabat sekalian memahami apa yang ingin saya sampaikan dalam entri ini, perlu dibaca entri terdahulu bertajuk “Apa maksud saudara Syed Akbar Ali dengan “it’s not in the Quran”?

Sebagai tambahan, sila teliti salah satu kata-kata Allah dalam kitab suci Quran di bawah.

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisaa, ayat 65)

“But no, by thy Lord, they can have no (real) Faith, until they make thee judge in all disputes between them, and find in their souls no resistance against thy decisions, but accept them with the fullest conviction.” (Surah an-Nisaa, verse 65)
Dalam bab “The Hudud Laws”, Syed Akbar Ali menulis: “Another word that stirs up much excitement among the religionists is hudud. This refers to the Hudud Laws or religious laws which are considered an essential part of the religious regime. The fact is there has never been a complete set of hudud laws established in any Islamic country throughout history.”

Di muka surat yang sama, beliau mendakwa: “Similar to what I said in the previous chapter about hijab, although the religionists keep harping about hudud they never refer to even one of the verses in the Quran that do talk about hudud.”

Dari kedua-dua pernyataan penulis di atas dan lain-lain hujah beliau dalam buku
Things In Common, saya dapat simpulkan bahawa beliau mendakwa undang-undang hudud tiada dalam Quran. Saya kutip kata beliau di muka surat 68, “There is no indication of any hudud laws here.” Dengan kata lain, beliau menuduh undang-undang hudud merupakan peraturan yang dicipta oleh ‘orang-orang agama’ (religionists) tanpa mengikut apa yang tertulis dalam Quran.

Bagi saudara Syed Akbar Ali, saya nyatakan fakta mengenai undang-undang jenayah syariah dalam Islam.

“Undang-undang jenayah syariah merangkumi tiga perkara, iaitu hudud, qisas dan ta’zir. Hudud ialah hukuman yang telah ditentukan Allah di dalam Quran dan hadis. Hukuman ini adalah hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti atau dipinda hukumannya. Contohnya ialah hukuman ke atas orang-orang yang berzina, menuduh orang berzina atau liwat, minum arak, mencuri, keluar dari agama Islam (murtad atau riddah), merompak dan memberontak.

“Qisas juga sama ertinya dengan hudud.
Tetapi dari segi hak, qisas agak berbeza dari hudud. Hudud itu semata-mata hak Allah, tiada kompromi, tetapi qisas adalah gabungan hak Allah dan hak manusia. Hak manusia di sini bermaksud mangsa dan ahli warisnya berhak memberi kemaafan kepada penjenayah. Dengan kemaafan tersebut, gugurlah hukuman qisas ke atas penjenayah tersebut.” (Dari buku Kamus Istilah Undang-Undang Jenayah Syari’ah oleh Mohd. Shukri Hanapi dan Mohd. Tajul Sabki Abd. Latip, terbitan Zebra Editions Sdn. Bhd, 2003)
Jika saudara Syed Akbar Ali benar-benar mengikut ajaran Quran seperti mana acapkali disebutkan dalam buku ini, maka saudara wajib merujuk Quran dan sunnah Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam). Ada satu kes, seperti di bawah:
Isteri Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), Aisyah binti Abu Bakar melaporkan dengan berkata, “Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan masalah seorang wanita dari suku kaum Makhzumiah yang telah mencuri. Mereka berkata, “Siapakah yang akan memberitahu masalah ini kepada Rasulullah Sallallahhu’alaiwasallam?” Dengan serentak mereka menjawab, “Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam).”

Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada Rasulullah, lalu Rasulullah berkata, “Jadi maksud kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari hukum Allah?”


Kemudian baginda berdiri dan berucap, “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabk
an binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.” (Hadis direkodkan oleh Bukhari)
Saudara, tidak mampu menjalankan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah lantaran faktor-faktor tertentu itu satu hal. Tetapi mengatakan bahawa undang-undang hudud tiada dalam Quran, justeru itu tidak wajib dilaksanakan untuk umat Islam, itu satu hal lain yang amat parah akibatnya.

Saudara Syed Akbar Ali, dalam hukum qisas pula, sila teliti kata-kata Allah ini (foto ayat di atas):

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 178)

“O ye who believe!
The law of equality is prescribed to you in cases of murder: the free for the free, the slave for the slave, the woman for the woman. But if any remission is made by the brother of the slain, then grant any reasonable demand, and compensate him with handsome gratitude. This is a concession and a Mercy from your Lord. After this, whoever exceeds the limits shall be in grave penalty.” (Surah al-Baqarah, verse 178)
“Ya Allah, ampunkan aku dan kedua ibu-bapaku sekiranya aku tersilap dalam hal ini. Amin ya Allah ya Rabbal ‘Alamin.”

Berkaitan:
Apa maksud saudara Syed Akbar Ali dengan “it’s not in the Quran”? Hijab tiada dalam Quran?

3 comments:

Anonymous said...

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (al-maidah:33)

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-maidah:38)

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).

Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya. (an-nisa':15-16)

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa':25)

Anonymous said...

kandungan dlm buku pn perlu ditapis.. bkn sume penulis buku itu benar.. sbb itulah Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu klau hendak belajar bknnya dgn buku sahaja tp perlulah berguru... maka jadikan al-Qur'an dan as-Sunnah sbg panduan dan rujukan..
wallahu'alam..

Web Sutera said...

Terima kasih sahabat Anonymous berdua.


Photobucket
top