Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menjadi sedikit panas. Dari satu segi, buku tulisan Datin Seri Fatini Yaacob ini amat menjadi perhatian masyarakat negara kita, khususnya Melayu. Justeru itu, saya cukup yakin buku ini akan laku keras dalam pasaran.

Ekoran dari kenyataan Muhyiddin berkenaan ‘perpaduan Melayu-Islam’ di masa pelancaran buku itu, ulasan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang bercakap soal ‘perpa
duan politik Islam’ yang senada menimbulkan kecurigaan banyak pihak.

Orang-orang dan penyokong PAS menjadi sinikal dan kritikal dengan nada Nasharuddin kerana seolah-olah beliau bersetuju dengan Muhyiddin. Ini adalah kerana idea tidak popular untuk menubuhkan ‘kerajaan perpaduan’ antara PAS dan UMNO sudah diputuskan oleh PAS tidak akan berlaku.


Andai Nasharuddin ke majlis itu untuk meraikan ilmu atas kapasiti peribadi atau atas kesedaran bahawa isi kandungan buku kisah Natrah itu memang patut diketahui oleh masyarakat, ianya tidak mengapa. Saya sebagai penyokong perjuangan Islam pun amat mengalu-alukan kehadiran buku itu dalam pasaran.


Namun apa yang dipertikaikan oleh orang ramai ialah kenyataan Nasharuddin yang dilaporkan berkata, “usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.”


“Semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu PAS dan UMNO, terhenti di separuh jalan,” Nasharuddin dilaporkan berkata.


Untuk Nasharuddin, baca ini: “Bahawa muktamar agung PAS sebelum ini telah menetapkan tiada sebarang usaha boleh dilakukan untuk bekerjasama dengan UMNO.”


Adakah saudara Nasharuddin masih belum serik dengan idea bodoh ‘kerajaan perpaduan’ dengan UMNO? Bukankah saudara dalam sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam dan hak keadilan untuk semua rakyat? Apa guna Pakatan Rakyat yang menjadi wahana harapan rakyat Melayu, Islam dan semua kaum di Malaysia bagi melihat Malaysia yang lebih adil di masa hadapan?


Adakah saudara Nasharuddin buta sejarah? Sejarah adalah mata pelajaran bagi dijadikan teladan. Baca sini:

“Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu PEMURTADAN NATRAH, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.”
Saya suka buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, tetapi tidak sama sekali dengan apa yang disebut ‘kerajaan perpaduan’ bersama UMNO! (Foto: Natrah di masa tua)

Berkaitan:
Cinta dan air mata Natrah, adakah kita (Melayu-Islam) mengambil iktibar?
Tragedi Natrah (Maria Hertogh) yang berdarah
Tragedi Natrah antara bukti Umno tidak serius bela Islam

0 comments:


Photobucket
top