.jpg)
Buku ini kategori kanak-kanak yang turut menjadi tatapan saya. Sepanjang pembacaan, saya sering tersenyum. Bait-bait ayat dan
Bahasa Melayu moden dan tinggi menjadikan lenggok penceritaan semakin menarik. Tahniah untuk penulis saudara Ahmad Naim Jaafar dan Ashadi Zain. Untuk PTS, inilah salah satu buku fiksyen yang betul-betul mencerminkan perjuangan penerbit bagi memandaikan bangsa dengan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).
Saya beli buku ini untuk anak bujang saya yang bersekolah di tahun 2 sekolah rendah. Selama seminggu saya turut menjadi ‘kamus bergerak’ untuk anak kerana banyak pertanyaan yang dia kemukakan sepanjang pembacaannya.
Judul: Sekolah Bakat
Penulis: Ashadi Zain dan Ahmad Naim Jaafar
Penerbit: PTS One Sdn Bhd. terbitan September 2009
ISBN: 978-967-5406-09-6
Halaman: 152 muka
Harga: RM10.50 / RM12.50 (Sabah & Sarawak)
1 comments:
Terima kasih atas ulasan buku ini.
Buku saya yang seterusnya SEKOLAH BAKAT: Selamat datang ke sekolah masa hadapan akan terbit bulan Julai ini.
Terima kasih
Ahmad Naim
Post a Comment