Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya ada terbitkan info berkenaan buku Where is Justice? Death and Brutality in Custody di laman kritikan politik dengan tajuk Di mana keadilan? Kematian dan penderaan dalam tahanan.

Tup-tup buku ini dirampas di kedai buku Popular, Seremban pada hari Jumaat lepas (5 Februari 2010). Mengikut laporan Malaysiakini, “The Seremban police has confiscated 22 books published by Kinibooks, a subsidiary of Malaysiakini, last Friday from a local bookstore here.”


Turut dirampas ialah 12 buku komik '1Funny
Malaysia'. Malaysiakini melaporkan bahawa “Special Investigation Divisions officer Inspector Bobby Bana said that orders came from the Negri Sembilan police headquarters last week for the books to be seized.”
"We are not banning the books but are just taking them to analyse their content," said Bana, who was part of the raiding team, when contacted. This is the latest incident following seizures of the same books in Malacca and Penang two weeks ago.

It is understood that the books are being studied for seditious content that could compromise the harmony of the country.
'1Funny Malaysia' is a compilation of cartoonist Zunar's works while 'Where is Justice?' is about death and brutality in police custody focusing on four prominent cases involving Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu, and Anwar Ibrahim.
Diberitakan bahawa tim Malaysiakini akan mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan susulan.

Malam tadi (8 Februari 2010), saya lihat buku Where is Justice? Death and Brutality in Custody masih ada di kedai buku Popular,Tesco Ampang. Jika saudara berminat untuk membacanya, lekas dapatkan di kedai buku atau pesan terus dari penerbit Kinibooks sebelum ianya dihalang dari penjualan.


Kritik sikit; rampas, banned. Bongkar sikit; rampas, banned! Satu demi satu penerbitan menyentuh misteri pembunuhan Altantuya disita dan diharamkan. Siapa yang tersangat takut itu? Aduhai Malaysiaku! Fed-up aku!

2 comments:

Linda Amri said...

saudara,

blh dptkan 1 copy kedua2 buku ini utk saya tak? kat sabah nih rasanya tak sampai lah

saya suka komentar ini, teruskan utk menulis saudara

Web Sutera said...

Assalamualaikum sdr Linda. Apa khabar, bah? Lama sudah sdr tidak tinggalkan jejak-jejak perkasa!

Sdr boleh beli buku Where is Justice? Death and Brutality in Custody terus melalui penerbit di http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=1167

Bagi buku Di sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya, sdr boleh beli dari penulis. Sila ke sini http://buanadunia.blogspot.com/2010/02/buku-di-sebalik-misteri-pembunuhan.html untuk rujukan.


Photobucket
top