Petang semalam (10 Februari) sekitar jam 5 petang, cheGuBard melaporkan dalam blognya bahawa beliau telah dimaklumkan melalui panggilan telefon oleh ibunya mengenai sekumpulan anggota polis telah datang ke rumah. Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman,
Mereka ingin memasuki rumah menggeledah dan ingin merampas Buku Di Sebalik Misteri Altantuya. “Untuk pengetahuan pihak PDRM yang ditunggang Najib Tun Razak, ketahuilah cheGuBard tidaklah bodoh sangat ingin simpan stok buku tersebut di rumah. Memang alamat rumah ibu bapa di Seremban digunakan sebagai alamat untuk menerima tempahan tetapi tempahan semuanya di uruskan di tempat lain,” jelas cheGuBard.
Satu lagi ialah komik berjudul 1Funny
Justeru itu, kartunis kontroversi Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya memulangkan semua buku karya dan terbitannya yang dirampas sebelum ini.
"Saya percaya tindakan (rampasan) itu benar-benar bermotifkan politik. Saya pasti tiada tindakan dikenakan sekiranya kandungannya menyebelahi parti pemerintah," Malaysiakini melaporkan beliau (Zunar) berkata.Sesungguhnya mendiang Altantuya terus menjadi hantu mengejar orang-orang politik teratas negara. Seandainya tidak ada kaitan dengan isu Altantuya, mengapa takut?
“Inilah bukti antara tulisan dalam buku tersebut.... hampir lebih 20 media dunia menulis dan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya namun Najib menikus takut

Sebelum ini (baca sini) saya katakan, “Baik beli cepat sebelum buku ini kemungkinan ‘diharamkan’ oleh pihak-pihak yang terkena pedas cili yang berdesing.” Dan ternyata ianya tidak meleset.
Berkaitan: Buku Where is Justice? Death and Brutality in Custody dirampas

Buku Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya akan diharamkan?
Gong Xi Fa Chai untuk semua rakyat Malaysia berbangsa Cina.
0 comments:
Post a Comment