Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Buku Dari Beirut ke Jerusalem amat menarik untuk dihalusi dan isinya datang dari hati yang luhur oleh seorang panganut Kristian bernama Dr. Ang Swee Chai. Tambahan pula mutu terjemahan ke bahasa Melayu yang amat baik berjaya dilaksanakan oleh unit buku Harakah, seolah-olah penulisnya menulis dalam bahasa Melayu.

Ada
bahagian tertentu dalam buku ini membuatkan hati saya terasa begitu hening dan sunyi. Begitu syahdu dan menusuk kalbu. Sunyi dan terasa begitu jauh dari keriuhan. Di suatu sudut dunia, sekumpulan manusia dilanyak tanpa belas kasihan dan dunia hanya menyaksikan kejahatan Israel tersebut.

Bacalah bagaimana tanggapan awal Dr Ang terhadap teroris dan Islam. Bagaimana beliau mengaitkan Islam itu agama teroris, dan akhirnya beliau mengubah 360 darjah tanggapan awal tersebut.


This is the story of Dr Ang Swee Chai, a Penang-born orthopaedic surgeon, and her flight to war-torn
Lebanon in 1982 to treat the wounded and dying. This new edition, twenty years after the Zionist terrorism in Shabra and Shatila which killed thousands of Palestinian civilians, is a tribute to the ongoing struggle against Zionist occupation in the Holy Lands.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad on 5 January 2009 called for a global boycott of the US dollar and US-made products, including Coca-Cola, in protest over Washington's backing of Israel, reports Malaysiakini.
I strongly support this call.

In latest development, Al-Jazeera reports at least a dozen Palestinian civilians have been killed on Monday as Israeli forces pushed deeper into the Gaza Strip, medical sources say. The latest total death count in
Gaza stands at 521 people killed across 10 days, with more than 80 deaths since the ground offensive began two days ago.


Whatever the reason is, Israeli forces aggression cannot be acceptable. This is the acts of barbarian and the Muslim world MUST FIGHT BACK in any means available, be it in diplomacy or military approaches. ALLAHHUAKHBAR!
Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi bahasa Malaysia sebagai "hadiah terburuk" tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti mana dipetik oleh Malaysiakini.

"Tindakan KDN itu sangat tidak adil dan tida
k munasabah kepada penganut Kristian yang hanya boleh membaca bahasa Malaysia. Ramai penganut Kristian dapat memantapkan kepercayaan mereka melalui Bahasa Malaysia dan selama ini beribadat dengan bahasa kebangsaan.”

Isu penggantungan akhbar ini timbul ekoran Herald edisi bahasa Malaysia menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi menggantikan perkataan ‘Tuhan’ dalam artikelnya. Malaysiakini melaporkan bahawa mingguan Herald diedarkan di kalangan 850,000 penganut Kristian Katolik di Malaysia.

Pihak berkuasa melarang perkataan "Allah" digunakan dengan alasan ia hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Tarikh penggantungan tersebut yang berkuatkuasa 1 Januari 2009 akan berakhir selepas mahkamah memutuskan sama ada akhbar tersebut boleh menggunakan “Allah” atau sebaliknya.

Teresa berkata, kementerian menafikan hak bersuara dan mengeluarkan pendapat apabila mencampuri kandungan sebuah akhbar Kristian yang hanya dijual kebanyakannya kepada penganut Katolik, dan bukannya untuk edaran umum, Malaysiakini memetik Terasa sebagai berkata.

Sehubungan itu, beliau menggesa menteri berkenaan Datuk Seri Syed Hamid Albar menyemak semula keputusan Unit Penerbitan dan Unit Kawalan Teks al-Quran yang disifatkannya melanggar perlembagaan negara dan menambahkan kebencian masyarakat Kristian terhadap kerajaan BN.

Web Sutera: Secara peribadi saya kurang setuju dengan tindakan KDN ini.

Berkaitan: Mengapa sekat Bible dalam bahasa Melayu

Dalam perkembangan lain Teresa Kok berkata, Umno kini berusaha keras bagi memecahkan perpaduan di kalangan rakyat yang sudah beralih kepada Pakatan Rakyat. Menurutnya pilihan raya umum ke-12 menjadi bukti apabila pengundi Melayu tidak teragak-agak lagi mengundi calon DAP dan begitu juga pengundi Cina mengundi PAS.

"Semangat toleransi kaum begitu kuat sekali pada pilihan raya umum lalu sehingga Pakatan Rakyat dapat memerintah empat lagi negeri hasil sokongan rakyat pelbagai kaum.”


Pada ceramah di Kota Bahru, Kelantan, beliau berkata biar pun beliau dianggap sebagai pelampau dan anti-Islam atau anti-Melayu, namun tetap datang ke Kelantan yang terkenal dengan rakyat hidup beragama.


"Saya dianggap sebagai tokoh kontroversi oleh media harian berbahasa Melayu sehingga disebarkan berita saya membantah azan sebuah masjid di Puchong.”

Mulanya saya agak keberatan untuk mengulas novel ini, walau dari sudut mana pun. Tetapi tanpa memberi komen, minda saya sedikit terganggu justeru kerana ada mesej yang mahu saya sampaikan masih lagi melingkari ruang minda. Setiap kali saya membaca buku dan melihat blog buku, hati saya gundah. Maka inilah komentar saya terhadap Transgenesis, Bisikan Rimba oleh saudara Amir Husaini, terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS).

Sebagai sebuah novel sains-fiksyen (sai-fi) yang diterbitkan oleh PTS yang memperjuangkan bahasa Melayu tinggi dan begitu komited dengan penulisan mazhab teknik Surah Yusuf, ternyata novel ini mempunyai beberapa kelemahan. Jika penerbit lain yang menerbitkan novel ini, tidak mengapa. Tetapi lantaran PTS yang menerbitkannnya, maka kesalahan yang ada adalah ketara. Saya senaraikan di bawah.


1) Di kebanyakan tempat, banyak bahasa Melayu rendah digunakan. Saya tidak perlu menyenaraikan contoh-contoh di sini kerana saya pasti para staf PTS mengetahui apa saya maksudkan. Saya tidak menyalahkan penulis, lantaran tugas editorlah yang sepatutnya memerhatikan dengan teliti dan melakukan pembetulan dari segi nahu dan ejaan bahasa Melayu tinggi.


2) Ada plot-plot yang saya kira terlalu panjang. Bagi saya plot yang terlalu panjang mengurangkan daya pujukan pembacaan.


3) Ayat-ayat dan pernyataan yang berulangan di sana sini. Walaupun ianya tidak begitu ketara seperti mana novel sejarah Perang Sangkil, namun saya cukup tidak menyukainya.


Untuk berlaku adil, pada hemat saya penulis telah berjaya menyampaikan mesej melalui novel ini. Saudara Amir Husaini telah berupaya memujuk hati saya untuk meneruskan pembacaan, terutamanya bermula dari pertengahan cerita.


Demi kebaikan sahabat, saya kira, saudara Amir patut selitkan fakta-fakta sains genetik dan bio-teknologi sejak dahulu sehingga yang terkini. Kemudian baharulah kemajuan sains genetik masa hadapan ‘dicipta’. Fakta-fakta kemajuan bidang sains ini jika dibentangkan dan dijalin secara tuntas dalam plot cerita, ia akan lebih memujuk pembaca. Namanya pun novel sai-fi, jika fakta sains diadun dengan fiksyen, ia akan menjadi begitu amat menarik.


Penyudah novel ini amat mengejutkan saya. Sebab itu saya katakan bahawa Transgenesis, Bisikan Rimba ada kelemahan terutamanya pada permulaan, tetapi kemantapan garapan Amir di pertengahan hingga ke hujung cerita begitu memukau.


Saya berdoa semoga saudara Amir dianugerahkan Allah dengan kekuatan baru supaya sekuel novel Transgenesis ini akan lebih mantap. Saya akan nantikan, insyaallah.

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top