Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Blog Universiti Terbuka PTS menulis bahawa bermula dengan berniaga buku di pasar malam sekitar Johor Baru, En. Yusuf pulang ke kampung halamannya di Sungai Petani bagi meneruskan perniagaannya.
“Kini, dengan hasil penjualan buku di pasar malam, beliau telah membuka kedai di tengah Bandar Sungai Petani, Kedah. Masa berlalu, dan kini beliau pula menjadi pembekal kepada peniaga buku pasar malam di sekitar Sungai Petani dan sekitarnya.

“Berteraskan penjualan buku agama dan kitab, permis perniagaan beliau yang diapit dua buah bank iaitu Maybank dan juga BSN membuatkan kedai beliau menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan buku-buku agama serta juga audio berkaitan agama.”
Seumpama itulah juga jejak bermulanya bisnes saya. Beberapa tahun yang lalu, bisnes pertama yang saya laksanakan semasa masih lagi bekerja makan gaji ialah membuka kedai langsir dan menjual busana wanita di suatu lokasi di Kuala Lumpur. Modal bukannya sedikit, namun takdir menentukan segala, bisnes itu gagal.

Seterusnya tatkala ada perancangan untuk berhenti kerja dari JARING Communications Sdn Bhd, saya sudah memulakan bisnes menjual nasi lemak. Pada permulaannya saya menjual nasi lemak dan kuih-muih di satu lokasi.
Tidak berapa lama kemudian saya membuka gerai di tiga lokasi berlainan secara serentak.

Beberapa kali saya mengubah lokasi bagi mencari tapak yang strategik, iaitu lokasi yang mempunyai potensi pelanggan yang tinggi. Akhirnya tiga tapak tetap saya pilih. Tiap-tiap pagi saya keluar dari rumah di antara jam 6.15 – 6.30 pagi bagi menghantar makanan dan staf yang menjaga gerai-gerai tersebut.
Gerai ‘pacak’ yang didirikan menggunakan payung dan dua meja setiap satu.

Hasilnya mengikut hari. Ada hari yang lumayan, ada pula yang agak perlahan. Namun syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana sepanjang bisnes nasi lemak tersebut, saya tidak dihalau oleh mana-mana pihak. Ramai pelanggan tetap yang hampir setiap hari tanpa jemu berkunjung untuk mendapatkan menu nasi lemak yang disediakan oleh chef saya. Mereka berpuas hati dengan rasa masakan dan harga yang saya tetapkan.

Alhamdulillah, dengan wang gaji yang saya kumpulkan beserta hasil dari penjualan nasi lemak, saya membeli peralatan utama katering; pinggan mangkuk, sudu dan garfu, gelas, bekas air sejuk dan panas, cawan, perkakas keluli untuk mengisi makanan dan alas meja.

Bisnes katering saya terus berjalan bersama-sama dengan penjualan nasi lemak.
Kadang-kadang lantaran ada pesanan katering, saya terpaksa menutup dua gerai serentak pada suatu masa. Natijahnya, ramai pelanggan merungut kerana saya menutup gerai, dan selalu bertanya mengapa saya tidak membuka gerai nasi lemak semalam atau dua hari lepas.

Masa terus berlalu, dan bisnes katering saya menunjukkan kemajuan. Semakin banyak pertanyaan dan semakin kerap pesanan diterima dari klien. Akhirnya saya dan chef memutuskan sudah sampai masanya gerai-gerai nasi lemak itu ditutup bagi memberi tumpuan kepada katering.
Saya menetapkan fokus bisnes.

Setahun yang penuh getir saya berjaya harungi. Tempoh kritikal tiga tahun juga, alhamdulillah, selamat direnangi. Segala puji hanya untuk Allah. Saya berhijrah sudah hampir empat tahun lalu.

Selamat menyambut tahun baru 1431 Hijrah.

***
An avid reader. Favourite books: hi-tech thriller, historical saga, true story, mystery, Islamic books (both in English and bahasa Melayu). I'm a caterer. Tel: 016-220 6876. Bachelor Degree in Computer Science (Hons), Minor in Management; Certificate of Kursus Bahasa Melayu Untuk Penyuntingan Makalah Am dan Sains; & Certificate of Telephone Handling and Quality Customer Service.

Berkaitan:
Sejarah lahirnya "Web Sutera"
Sukarkah untuk memulakan bisnes sendiri?

0 comments:


Photobucket
top