Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya mengikuti sepenuhnya acara di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama, 19 Disember 2009 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Saya mendaftarkan diri sebagai media/blogger di majlis bersejarah itu, namun kekangan masa tidak mengizinkan saya ke sana.

Pada tarikh 19 Dis. 2009 itu, pasukan saya sibuk menyediakan persiapan terakhir satu katering
perkahwinan di Kepong, Kuala Lumpur pada keesokan harinya (20 Dis).

Tetapi saya mengikuti setiap perbahasan secara langsung yang disiarkan dalam internet. Tahniah diucapkan kepada sekretariat IT konvensyen tersebut kerana siaran internet secara langsung itu berjalan lancar. Setiap ucapan dan perbahasan jelas.


Di penutup Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama, saya teruja dengan ucapan Karpal Singh dan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (foto).


Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS ada
lah bulan.

Sebelum Nik Abdul Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi. Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.
Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari itu mencatat satu sejarah baru politik negara.


Ketua Menteri Pulau Pinang, juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata terhadap konsep 1Malaysia:
"Konsep Satu Malaysia hanya mengaburi mata. Konsep Satu Malaysia boleh diibaratkan macam seketul ais yang hanya akan cair dalam negara tropika. Apa yang lebih bermakna ialah konsep anak Malaysia 5K - keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.“
Baca: Jana Malaysia yang cintakan 5K – Lim Guan Eng

“Rakyat mahu mencuba kita, rakyat mahu menguji kita. Maka kita jangan mengkhianati kepercayaan tersebut. Kita perlu yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Meskipun mereka dihujani dengan propaganda murahan, dan mereka disekat dengan pelbagai instrumen pemerintahan, tetapi bila tiba saatnya, rakyat akan membuat pilihan dan penentuan yang benar dan adil.

“Perjuangan yang kita bawa ini bukan milik parti-parti politik semata-mata. Agenda perubahan, agenda reformasi yang kita bawa turut menjadi milik lembaga swadaya masyarakat (NGO), blogger, pemikir, penyair dan seniman.

“Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempu
nyai moral resources, khazanah akhlak, yang kaya untuk memerangi fikiran sempit dan perkauman, dan menggantikannya dengan keadilan sejagat untuk semua, menghapuskan prasangka dan menyemai benih persaudaraan insaniah.

Baca: Kita harus insaf dan bersifat tawadhu – Anwar Ibrahim

Berkaitan: Bahagian 1: Memperkukuh Pakatan Rakyat
Bahagian 2:
Islam dan demokrasi
Bahagian 3:
Islam agama perpaduan


Jana Malaysia yang cintakan 5K – Lim Guan Eng
Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama: Sejarah dilakar, janji ditinta
Perhaps we should give Islamic governance a try

0 comments:


Photobucket
top