Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya mengikuti sepenuhnya acara di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama, 19 Disember 2009 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Saya mendaftarkan diri sebagai media/blogger di majlis bersejarah itu, namun kekangan masa tidak mengizinkan saya ke sana. Pada tarikh 19 Dis. 2009 itu, pasukan saya sibuk menyediakan persiapan satu katering perkahwinan di Kepong, Kuala Lumpur pada keesokan harinya (20 Dis).

Tetapi saya mengikuti setiap perbahasan secara langsung yang disiarkan dalam internet. Tahniah diucapkan kepada sekretariat IT konvensyen tersebut kerana siaran internet secara langsung itu berjalan lancar. Setiap ucapan dan perbahasan jelas.


Di penutup Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama, saya teruja dengan ucapan Karpal Singh dan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (foto).


Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan',
merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Sebelum Nik Abdul Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpa
l beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.


Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi bin Haji Awang berkata, “Hari ini kita berbincang bagi merangka masa depan menghadapi pilihanraya ke 13, dalam masa yang sama kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai. Lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita.
“Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu. Peristiwa Perak perlu menjadi contoh, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan.'
“Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-yang telah kita kuasai adalah hujah terdekat bagi menghasilkan sokongan rakyat untuk Pilihanraya Ke13. Sekurang-kurangnya kita dapat membebaskan diri daripada penyakit yang sedang menular dalam parti dan kerajaan BN disemua peringkat.

“Perubahan kepada segala aspek sangat bergantung dengan peranan politik, di sinilah besarnya peranan kita bagi menyelamatkan negara. Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, sehingga menjadi ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi kenyataan melalui kekuatan parti yang sebenar, kemudian berkrisis dalam masalah menentukan calon.

Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan. Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan."
“Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai.

“Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan.


“Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta. Kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua.”


Berkaitan:
Bahagian 1:
Memperkukuh Pakatan Rakyat
Bahagian 2:
Islam dan demokrasi
Bahagian 3:
Islam agama perpaduan

Jana Malaysia yang cintakan 5K – Lim Guan Eng

0 comments:


Photobucket
top