Saya selesai membaca buku Demi Masa karya Abu Hassan Morad, bos Galeri Ilmu. Walaupun ada beberapa artikel beliau akan menjadi tidak malar hijau (evergreen) kerana faktor masa dan peristiwa, namun sebahagian besar tetap relevan. Beliau mengulas dari sudut pandang seorang Islam yang bernama Melayu. Menarik untuk diteliti dan dicerna kerana banyak perbandingan dibuat dalam setiap komentar.
Sinopsis dari penerbit
Demi Masa yang ditulis oleh Abu Hassan Morad ini merupakan luahan rasa hati beliau terhadap masyarakat hari ini, berkisar terutamanya tentang nasib orang Melayu Islam di Malaysia.
Sebagai seorang anak peneroka yang dibesarkan dalam suasana penuh mencabar, yang kemudiannya menjadi seorang guru, penulis, pengarah dan beberapa lagi amanah lain yang terpikul di bahunya, beliau melihat dan merasa sendiri realiti kehidupan masyarakat yang tidak seimbang, kucar-kacir, tidak terurus, tertindas dan sebagainya. Semua itu disebabkan oleh sifat tamak, tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, tidak prihatin, lemah, penakut, ego dan lain-lain, sebagai akibat daripada kegagalan melaksanakan tugas yang diamanahkan terhadap diri masing-masing.
Dalam catatannya, beliau menyeru anak bangsanya agar berubah, kembali menghayati ajaran Islam yang indah, mengambil iktibar terhadap apa jua kejadian dan mencungkil hikmah terhadap setiap perkara yang berlaku di bawah bumbung dunia globalisasi dunia hari ini.
Tajuk: Demi Masa
Pengarang: Abu Hassan Morad
Penerbit : Galeri Ilmu
ISBN: 978-983-097-188-9
Mukasurat: 192 halaman
Harga: RM19.50 (Sem.
P/s: Kemaskini dari Kuantan, Pahang.
0 comments:
Post a Comment