Usai membaca novel Bidadari Paderi, saya buka pemain MP3 di komputer riba. Sudah agak lama tidak layan lagu-lagu Iron Maiden. Ah! Saudara terkejut? Memang saya meminati lagu-lagu metal, speed metal dan metal gothik sejak dahulu lagi. Lagu pertama yang didengar ialah Only the Good Die Young. Dan novel Bidadari Paderi berkait rapat dengan tajuk lagu ini; hanya yang terbaik meninggal ketika masih muda belia.
Novel sejarah di tanah adat Minangkabau ini menyaksikan banyak kematian. Masing-masing sanggup syahid demi sebuah cinta agung. Kisah berlatarbelakangkan penentangan komuniti Minangkabau terhadap penjajahan Belanda sekitar tahun 1800-an.
Gerakan utama jihad ini diterajui oleh sebuah kumpulan yang bernama Kumpulan Paderi. Kumpulan ini merujuk kepada gerakan pembaharuan Islam yang berlangsung di Minangkabau, Sumatera Barat. Kumpulan pejuang Islam ini terkenal dalam sejarahIndonesia ketika penjajahan Belanda, berkembang sekitar tahun 1800 – 1830an. Kata Paderi bermaksud golongan ulama.
Novel ini memang memuatkan kisah cinta, tetapi bukan cinta biasa-biasa sesama insan. Cinta yang dibawa dan diulit oleh watak-watak merupakan kecintaan kepada agama, iman dan pertiwi. Dalam cubaan mewarnai tanah Minangkabau dengan keindahan cinta Allah itu, golongan Paderi dan pejuang syahidnya terpaksa bertembung dengan kumpulan adat.
Pertembungan antara adat dan agama tidak pula melunturkan semangat pembaharuan dan jihad kumpulan Paderi itu. Akhirnya gerakan mereka direstui oleh kumpulan adat dan para pendekar seni persilatan.
Pastinya di sepanjang sejarah perjuangan ada sahaja pembelot dan pengkhianat di kalangan anak peribumi sendiri. Justeru itu, pengkhianat agama dan bangsa dicemuh.
Dalam novel ini, walaupun sekadar kubur, seorang penghianat dihina orang kampung. Kuburnya sentiasa dilempar batu. “Ya, kubur penghianat. Dia membantu Belanda lolos sampai ke Matur. Orang kampung enggan dia dikuburkan di kampungnya. Kerana itulah dia berkubur di situ.” Kuburnya di dalam semak!
Isi novel yang menggugah kelesuan jiwa, cinta yang mencair hati. Perjuangan suci memerlukan pengorbanan, hatta nyawa sekalipun. Narasi yang bisa memahat kebencian terhadap penjajahan. Bait-bait kata yang meruntun nubari saya, insyaAllah.
Kematian berseni syahid. Hanya yang terbaik dianugerah syahid oleh Allah. Subhanallah!
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd, terbitan 2009
Penulis: Saiful A. Iman
ISBN: 978-983-3892-24-2: Halaman: 422
Harga: RM24.50 (Sem.Malaysia ) & RM27.50 (Sabah & Sarawak)
Novel sejarah di tanah adat Minangkabau ini menyaksikan banyak kematian. Masing-masing sanggup syahid demi sebuah cinta agung. Kisah berlatarbelakangkan penentangan komuniti Minangkabau terhadap penjajahan Belanda sekitar tahun 1800-an.
Gerakan utama jihad ini diterajui oleh sebuah kumpulan yang bernama Kumpulan Paderi. Kumpulan ini merujuk kepada gerakan pembaharuan Islam yang berlangsung di Minangkabau, Sumatera Barat. Kumpulan pejuang Islam ini terkenal dalam sejarah
Novel ini memang memuatkan kisah cinta, tetapi bukan cinta biasa-biasa sesama insan. Cinta yang dibawa dan diulit oleh watak-watak merupakan kecintaan kepada agama, iman dan pertiwi. Dalam cubaan mewarnai tanah Minangkabau dengan keindahan cinta Allah itu, golongan Paderi dan pejuang syahidnya terpaksa bertembung dengan kumpulan adat.
Pertembungan antara adat dan agama tidak pula melunturkan semangat pembaharuan dan jihad kumpulan Paderi itu. Akhirnya gerakan mereka direstui oleh kumpulan adat dan para pendekar seni persilatan.
Pastinya di sepanjang sejarah perjuangan ada sahaja pembelot dan pengkhianat di kalangan anak peribumi sendiri. Justeru itu, pengkhianat agama dan bangsa dicemuh.
Dalam novel ini, walaupun sekadar kubur, seorang penghianat dihina orang kampung. Kuburnya sentiasa dilempar batu. “Ya, kubur penghianat. Dia membantu Belanda lolos sampai ke Matur. Orang kampung enggan dia dikuburkan di kampungnya. Kerana itulah dia berkubur di situ.” Kuburnya di dalam semak!
Isi novel yang menggugah kelesuan jiwa, cinta yang mencair hati. Perjuangan suci memerlukan pengorbanan, hatta nyawa sekalipun. Narasi yang bisa memahat kebencian terhadap penjajahan. Bait-bait kata yang meruntun nubari saya, insyaAllah.
Kematian berseni syahid. Hanya yang terbaik dianugerah syahid oleh Allah. Subhanallah!
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd, terbitan 2009
Penulis: Saiful A. Iman
ISBN: 978-983-3892-24-2: Halaman: 422
Harga: RM24.50 (Sem.
6 comments:
salam terjah. abg web, berapa bintang novel ni?
Akim, dari 5 bintang, saya bagi 4. Sarat dengan semangat jihad dan perjuangan untuk hidup. Satu plot watak ibu-bapa yang menerima takdir kematian anak kecil (syahid) demi perjuangan. Namun naluri seorang ibu, amat sukar menerima kematian hero kecil, lalu....
cantik, mesti baca ni.. novel dh ada, tgal xbaca lagi je abg web.. tu la effectnya asyik terjah bookfair je.. byk lagi novel yg still dalam stok. haha..
Akim, memang begitulah engkau dan aku. 'Penyakit' aku sudah berjangkit kat engkau sekarang ini, hihihi.
Aku pun terlalu banyak novel & buku yang masih belum dibaca, malah ada lagi yang bersarung plastik.
Tunggu pameran buku Popular di Ampang Point pada 20 - 29 Nov. ini.
wah, jgn lupa gak abg web. pesta buku alaf21 4/12 nanti ye. haha.
Akim, hari ini, 20 Nov. 2009, saya sudah pergi ke pameran buku Popular di Ampang Point sebaik sahaja selesai memantau pamasangan kanopi & kerusi meja untuk katering pada 21 & 22 Nov. Saya sambar 6 buah fiksyen, satu daripadanya ialah novel thriller Sigaraning terbitan Jemari Seni.
Lima buah lagi ialah thriller bahasa Inggeris. Harganya RM3.00 & RM5.00 sebuah sahaja. Gila betul! Hahahaha...
Post a Comment