Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

16 Syawal 1430H: Saya dan keluarga berlepas ke Besut, Terengganu selepas solat Isyak malam Aidilfitri ke-2. Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur agak lengang, jadi perjalanan cukup lancar. Justeru memandu di sebelah malam, jadi saya menggunakan jalan bandar di sepanjang pemanduan dari Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Setiu hingga ke Besut.

Ada dua tujuan saya ke Besut. Pertamanya ialah untuk berhari raya bersama keluarga dan saudara mara di sana memandangkan kedua ibubapa sudah tiada di Pahang. Keduanya untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu saya di rumah Mak Teh di Besut.

Senang hati dan gembira kerana dapat berjumpa kembali emak/bapa saudara, adik beradik dan para sepupu di kampung asal saya dilahirkan. Banyak cerita dikongsi, banyak kisah diluah, walaupun saya tidak bersempatan menziarahi semua sanak saudara justeru kekangan masa.

Saya, isteri dan anak-anak juga tidak lupa menziarahi dan mensedekahkan bacaan lazim ayat Quran untuk kedua-dua aruah orang tua yang sudah pergi menemui Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kedua-dua gemulah disemadikan di taman perkuburan di kampung di Besut, walaupun lama menjadi warga Pahang. Pastinya saya dan adik-adik amat merindui masakan gemulah emak seperti kuah kacang nasi impit, ketupat pulut, tapai pulut dan nasi dagang. Aidilfitri 1430 Hijrah ini merupakan tahun pertama merayakannya tanpa emak dan tahun ke-5 tanpa ayah.

BACA PENUH...

3 comments:

Abang Long said...

Salam Syawal.

Balik Taiping ambil masa 3 jam sahaja. Jalan lengang.

WZWY said...

Balik KL daripada Setiu hari tuh pun 12 jam. Sangkut di K.Terengganu dan AJil pun dah berjam-jam.Masuk Karak dah okey sikit. Tapi dah musim raya, adatlah.

Web Sutera said...

Abang Long, balik ke Taiping oklah, guna lebuhraya lebar. Ini perjalanan guna jalanraya biasa yang melalui hutan rimba dan jalan pula berliku-liku.

Sdr Zayu Hisham, saya ada hasrat mahu pusing balik ke arah Besut kembali menuju ke KL dari Rantau Panjang. Dari Setiu mahu gunakan jalan Bukit Besi. Tetapi sudah terlambat kerana jalan mula sesak dari simpang ke Kuala Krai. Sudah nasib.

Walauapapun, memang patut kerajaan bina l/raya baru ke Kelantan.


Photobucket
top