16 Ramadhan 1430H: Aku membelok kereta ke sebelah kanan memasuki pintu masuk Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan. Sebaik kereta diparkir, aku tergesa-gesa keluar menuju ke arah lokasi paip air untuk berwuduk. Usai wuduk, kaki pantas memasuki medan solat sambil menoleh ke sebelah kanan dinding melihat dua orang hamba Allah sedang berbicara perlahan.
Aku tidak menegur mereka berdua kerana waktu Asar sudah hampir santak ke penghujung. Aku terus mengangkat takbir. Sebaik selesai berdoa, aku terus berdiri ingin keluar pulang ke rumah.
“Assalamualaikum, bang,” tegur salah seorang hamba Allah yang bersandar di tepi dinding tadi.
“Alaikumsalam warahmatullah,” jawab aku ringkas sambil menoleh ke arah mereka.
‘Abang dari mana?,” dia bertanya.
“Saya baru balik dari kerja. Singgah sekejap untuk solat Asar. Sudah lewat, takut tidak sempat tiba di rumah nanti,” jelasku.
“Abang kerja apa?,” soal dia lagi sambil memandang aku.
Aku terus merapati kepada kedua-dua hamba Allah itu dan menghulurkan kedua-dua tangan untuk bersalam. Salam bersambut dengan erat. “Apa hal?”, tanya saya agak kehairanan.
“Kami berdua sudah dua hari tinggal di masjid ini. Kerja tiada. Abang ada apa-apa kerja yang boleh kami buat?’, tanya dia lagi sambil memandang rakan yang agak gempal di sebelah.
“Mengapa saudara berdua tidak bekerja? Saudara dari mana?”, soal aku pantas.
“Nama saya Adi dan kawan saya ini Samad. Kami berdua dari Pulau Pinang. Sudah hampir dua minggu di sini. Sebelum ini kami tinggal di masjid lain. Cari kerja tidak dapat,” jelas Adi sambil memandang tepat ke mukaku. Rakan di sebelah diam membisu.
“Aduhai saudara. Saya pun tiada kerja mahu diberikan. Beginilah. Saya buat bisnes katering. Jika tenaga saudara berdua diperlukan, saya akan beritahu. Bagaimana mahu menghubungi saudara?”, jelas aku sambil menyoal kembali.
“Oh, abang buat bisnes katering. Saya pernah juga ikut orang katering. Ada sedikit pengalamanlah. Abang bagi nombor telefon, nanti saya telefon abang,” balas Adi.
Selajur aku hulurkan kad bisnes kepada dia yang berjanggut pandak itu. ‘Ok Adi, Samad, hubungi saya dalam tempoh dua-tiga hari lagi.”
Aku bangun bertujuan untuk keluar dari masjid. “Bang, boleh beri duit sikit. Kami sudah dua hari tidak makan,” jelas Adi sayu sambil memandang Samad.
Aku terpana, lantas mengambil dompet duit dan menghulurkan dua keping not. “Ikhlas dari saya. Tetapi saudara berdua kena ingat, Rasulullah tidak mengajar supaya meminta sedekah. Saya lihat saudara berdua masih muda dan sihat. Kena berusaha mencari rezeki, bukan hanya berdoa. Saya percaya rezeki kamu berdua ada,” jelas aku.
“Saya juga pernah susah dulu. Alhamdulillah sekarang agak senang. Pegangan saya ialah usaha, doa dan kemudian baru bertawakal. Ingat saudara, hidup ini perjuangan,” aku sedikit berleter.
“Ya, bang. Terima kasih,” balas mereka berdua.
Usai bersalam-salaman, aku bergegas keluar pintu masjid menuju ke tempat kereta diparkir.
Selang dua hari Adi menelefon. “Assalamualaikum, bang. Ini Adi. Ada projek katering?,” tanya Adi ringkas.
“Alaikumsalam, Adi. Katering tiada buat masa ini. Adi telefon saya lain kali, ok,” jawab aku.
Hari terus berlalu. Selang seminggu, Adi datang ke rumah aku. “Bang, saya sudah dapat kerja, jadi guard di sekolah di Pudu,” katanya.
“Alhamdulillah,” jawab aku pantas.
“Begini, bang. Saya hendak mula kerja, tetapi duit tiada untuk makan dalam tempoh dua minggu ini. Gaji majikan bayar dua minggu sekali. Bila saya dapat gaji nanti, saya bayar balik,” jelas Adi tanpa aku menyoal.
Tanpa banyak soal, aku terus memberi sekeping not RM50.00. “Ini ikhlas dari saya. Semoga dapat membantu.”
Masa terus berlalu. Aku dan isteri sibuk dengan bisnes katering.
“Assalamualaikum, bang. Ini Adi,” kedengaran suara di luar.
“Hah, Adi. Masuklah,” aku membuka pintu dan selajur mempelawa Adi masuk ke rumah.
Aku tidak berapa ingat sudah berapa lama aku tidak bertemu dengannya. Kami berdua berbual sambil meminum air yang isteri aku sediakan. Sepiring biskut juga ada. Adi bercerita lagi, itu dan ini. Pasal keluarga, kerja dan anak.
“Jadi saya hendak minta bantuan sedikit dari abang, kalau boleh. Mahu minta duit untuk ke Kelantan menjengok anak di sana,” jelas Adi sambil menunduk.
Tanpa banyak soal, aku terus memberinya sejumlah wang untuk tambang bas dan belanja makan dalam perjalanan.
Selang beberapa bulan, Adi muncul lagi. Bercerita masalah dan meminta duit lagi. Aku beri lagi tanpa banyak soal.
Dan akhirnya pada suatu petang aku tergesa-gesa parkir kereta dalam garaj (ruang depan rumah) dan bergegas masuk ke dalam rumah dengan hajat untuk segera ke bilik air bagi berwuduk.
“Assalamualaikum,” kedengaran suara memberi salam. Sambil menjawab salam kesejahteraan itu, langkah kaki terhenti, lantas berpusing balik ke hadapan. Sambil merungut, aku membuka pintu.
“Adi, bang,” kata Adi pantas tanpa sempat aku menyoal.
“Hah! Adi. Apahal?”, aku bertanya ringkas.
“Maaf, bang, saya menganggu. Saya mahu minta bantuan sikit....”.
“Kejap, Adi. Hang datang silap waktu. Aku penat dan belum solat Asar lagi. Hang kalau datang mesti mahu minta duit! Mengapa, Adi? Asal datang rumah aku, minta duit.! Rasulullah tidak pernah ajar umat dia minta sedekah memanjang. Kita kena berusaha,” leter aku dalam loghat utara.
“Kan aku sudah cakap dulu; usaha, doa dan tawakal. Usaha, doa dan tawakal. Rezeki tidak datang bergolek! Aku letih. Kali ini aku tidak boleh bantu. Yang aku beri dahulu, aku sudah halalkan. Hang jangan risau.”
“Baik hang pi balik sekarang. Hang pi balik! Bukan ini ajaran Nabi Muhammad. Hang kan aku nampak alim juga. Hang tidak fahamkah!? Ingat, Adi. Usaha, doa dan tawakal. Hang pi balik!”, ujar aku berang.
Adi menunduk dan lantas berlalu.
Sahabat, salahkah aku kerana bertindak begitu? (Nota: Adi dan Samad bukan nama sebenar)
(Gambar: Nelayan sedang menjual tangkapan di satu lokasi pantai di sempadan Besut-Setiu, Terengganu)

Sahabat, salahkah aku kerana bertindak begitu?
(Gambar: Nelayan sedang menjual tangkapan di satu lokasi pantai di sempadan Besut-Setiu, Terengganu)
9 comments:
he he hang tu muka baik sangat ade orang ambil kesempatan
Betullah tindakan tuan tu....mudah-mudahan saya tak jumpa Adi tu...heehe
Ini komen sahabat saya, GB (http://greenboc.blogspot.com/):
"WS semasa itu telah bertindak menjadi pembimbing, menjadi pengajar ... "give him a fish he will eat in a day, teach him to fish, he will eat for the whole of his lifetime..."
Salam ziarah tuan tanah..
Best cite ni..banyak bagi pengajaran..satu tindakan yang tepat sekali yang tuan lakukan. Orang sebginilah yang akan merosakkan umat akan datang. Kalau tuantak bertindak sedmikian makin naik minyak la dia tu.Cam orang kata bagi betih nak paha.tu sudah lebih. Moga dipermudahkan urusan bua hamba Allah tu dan kita semua pada masa akan datang. Amin
abg web,
secebis kisah yang pendek,
tapi berharga,
baik sebagai pedoman,
adi dan samad,
asal mula pertama mula,
ya benar kita ikhlas,
kali kedua,
mungkin kerana kasihan,
mukmin itu bersaudara,
cubit paha kiri,
paha kanan terasa,
kali ketiga dan seterusnya,
cubit paha kiri,
paha kanan dah kurang rasa,
ni dah macam bagi betis nak paha,
memang nak kena belasah,
dah la pangkat bapa orang,
lalala..
sabar separuh dari iman
betul kata GB tu..
Sdr Farhan & Akim, saya buka apa, cuma kasihan dengan sahabat kita itu. Tetapi, bak kata GB, jika saya terus membantu dia, saya takut dia akan berterusan begitu. Tanpa berusaha dan terus menagih belas kasihan.
Nabi Muhammad (S.A.W) tidak suka umatnya yang sihat tubuh badan terus menerus meminta begitu.
Hanya Allah yang Maha Tahu.
abg web,
tiba2 teringat kata2 lipin dalam igauan maut.. lebih kurang macam ni la..
"kerja apa pun sama, yang penting betul2 mahu bekerja.."
lalala..
harap2 mereka sedar..
memang langit xselalunya cerah..
tapi tu semua asam garam kehidupan..
kalau xde masalah, bukan hidup namanya..
problem is apart of life..
mental mesti kuat..
habit 5: seek first to understand, then, to be understood..
lalala.. larixxxx..
p/s: iman senipis bawang, hiasilah dengan amal.. semoga ramadhan menjadi medan kita memperbetul & memuhasabah diri yang lemah ini.. satu malaysia kasihi semua..
itulah kehidupan.pelbagai ragam manusia dengan cerita tersendiri.tapi yang pasti, tindakan itu saya sokong.
Sdr Zayu Hisham, terima kasih atas sokongan. Maaf lambat untuk menjawab komentar ini. Hihihihi..
Post a Comment