Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Ada beberapa sebab mengapa saya menyukai novel Gerila oleh Lukman Iskandar, terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebab yang pertama dan utama ialah kerana ianya kategori genre thriller aksi tempur. Sebab kedua ialah kerana ianya mengisahkan perjuangan Angkatan Bersenjata Republik Islam Patani (ABRIP) melawan penjajahan Thailand dan teroris Parti Komunis Malaya (PKM).

Buku ini merupakan antara beberapa buah
fiksyen terbitan PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang diperjuangkan oleh penerbit. Saya gembira dan mengucapkan tahniah kepada PTS.

Secara umum, narasi penulis umpama air deras. Namun a
da ketikanya terhalang oleh ‘batu-batu besar di sepanjang aliran sungai’. Mengapa saya kata begitu? Ianya justeru kerana ada di beberapa halaman plot seakan-akan melompat secara tiba-tiba. Agak sukar untuk saya melihat kembali kesinambungan sebelumnya. Ada kala penggunaan ganti nama bertindih. Saya menjadi keliru siapa yang dimaksudkan.

Walaupun begitu, saya masih dapat merasai jerih sebuah perjuangan suci. Ada ketika saya terkedu dan terasa bening. Ya, memang saya dapat merasainya lewat bait-bait narasi penulis. Pedih, pilu, marah, geram dan terkesima.

Saya berasal dari leluhur Melayu Patani. Moyang dan datuk saya sebelah emak merupakan susur galur keluarga yang dihormati (mungkin salah satu keluarga diraja yang memerintah atau ulamak) Kerajaan Islam Patani yang merangkumi daerah Yala, Narathiwat, Satun dan Songkla. Masih ramai lagi ahli keluarga di sana. Saya masih dapat berjumpa dan mengenali beberapa waris terdekat semasa bersekolah di Besut, Terengganu di tahun-tahun 70-an dan 80-an. Kerap kali ada ahli keluarga yang bertandang ke Besut dari Thailand.

Selepas berkeluarga pula, ada dua kesempatan bertemu muka dan berkenalan dengan keluarga dari sana yang berkunjung ke Besut. Kedua-duanya kerana mereka menghadiri majlis walimah sepupu saya. Keluarga dari selatan Thailand itu datang menaiki bas dua tingkat dan van panjang. Bas sarat di tingkat atas dan bawah.

Fiksyen sejarah ini memang memberi kesan yang mendalam terhadap saya. Saya umpama kembali ke tanah tumpah darah nenek moyang ‘melihat’ perjuangan mereka dan generasi yang ingin menegakkan sebuah negara Melayu Islam di sana.

Sebagai anak Melayu Islam leluhur Patani, saya cukup mendambakan sebuah kerajaan Islam Patani merdeka dari kerajaan Thailand. Namun sebagaimana narasi penulis dalam novel ini, kelihatannya amat sukar, malah mustahil bagi Thailand untuk membenarkan perjuangan menubuhkan Republik Islam Patani.

Tetapi perjuangan tetap diteruskan, dan siapa yang dapat menidakkan takdir Allah ke atas istiqamah mereka di sana?


Sinopsis
Novel kontroversi ini ditulis ketika penulisnya, Allahyarham Lukman Iskandar, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1992 hingga 1994. Penulis adalah bekas Setiausaha Agung Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani.


Walaupun fiksyen, novel Gerila ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Ia berlatarbelakangkan konflik di Patani, sebuah negeri Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak tahun 1785.


Kisahnya tentang Kapten Ruziman, seor
ang juruterbang jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang diselamatkan oleh anggota gerila pembebasan Patani ketika pesawatnya terhempas di Selatan Thai. Selepas diselamatkan, Kapten Ruziman menyertai perjuangan gerila itu. Mereka berperang dengan tentera Thai, polis Thai dan PKM.

Gerila
penuh dengan aksi tempur, taktik peperangan sebenar, konflik emosi, dan konflik kuasa!


Sejarah pergerakan revolusi Pat
ani
Dari sudut sejarah, pergerakan revolusi Patani dinamakan Pergerakan Komando Revolusi Rakyat Patani. Pergerakan ini tergabung dalam Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN).


BRN ditubuhkan pada 13 March 1960, bertempat di sebuah institusi pengajian Islam yang terkenal, Sekolah Haji Harun atau Thamwitya Mulniti, Bandar Yala. Pengasas-pengasasnya terdiri dari Ustaz Karim Hassan, Dr. Haji Harun, Wan Muhammad Bung, Ustaz Razali, Harun Yaacob, Yusoff Chapakiya, Ahmad Shariff dan Abdul Qayoom.


BRN ditadbir oleh sebuah komiti pusat diberi nama DPP (Dewan Pimpinan Pusat). Anggota DPP telah ditambah oleh tokoh-tokoh saperti Tengku Jalal, Amin Tohmina, Ustaz Zakaria dan Ahmad Yenkee.


Pada tahun 1963, Amin Tohmina mengambil-alih jawatan sebagai Presiden. Amin mula memecat beberapa anggota yang tidak disukainya termasuklah Yusoff Chapakiya, Abdul Qayoom, Ahmad Shariff dan akhir sekali Dr. Harun Sulong. Tengku Jalal keluar dari BRN untuk memimpin fron pembebasannya sendiri diberi nama BNPP. haji Yusoff pula menubuhkan sebuah fron sebagai alternatif kepada BRN diberi nama PRN(S).

Berkaitan: Angkara British/Thai: Rakyat Melayu-Islam Patani bermandi darah

Pembunuhan di Masjid Furgan, 10 Jun 2009

Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN)

Patani Electronic Cyber Media

15 comments:

Anonymous said...

salam abg web>>>

sedih dgn apa yg didedahkan..

pattani kampung areQue...
sejak di sana perang tak habis2, rq sudah taku utkmnjejakkan kaki ke sana..

sdih..

kubur arwah ibu rq dikebumikan di sana..

sudah 15 tahun rq tak dpt mnziarahi pusara bonda...

smg ada org mnjaga kuburnya di sana..:)

Web Sutera said...

Arq, cuba baca sekali lagi entri ini. Ada bahagian yang hilang semasa saya terbitkan. Saya sudah perbetulkan. Cuba baca sekali lagi. Keluarga kita sama-sama berasal dari sana.

Web Sutera said...

Arq, sejak tahun 70-an & 80-an, bila ada waris dari sana berkunjung ke Besut, selalu sahaja mereka menceritakan perihal onar soldadu Thai menembak penduduk kampung/pejuang tanpa belas kasihan.

Itu antara sebab moyang dan datuk saya masuk ke Tanah Melayu lari dari kejahatan pemerintah Thai dalam menekan orang Melayu Islam di sana.

abu razeen said...

Saya follower thinking of book. saya tertarik dengan entry ini, tapi dari sudut terpencil kita harus memuhasabah perkara ini dengan suasana Malaysia. right to the point, saya tujukan kepada pihak-pihak yang suka memperbesar-besarkan isu khilafiah terutamanya antara salafi dan sufi, dipetik dari blog abrzn:

"Selain itu factor dalaman juga menyumbang sebahagian kecil kezaliman ini berterusan walau bukan secara direct, ini diakibatkan perpecahan antara puak-puak yang berfahaman salafi dan tradisi (dalam buku MST tulis), sementelah diketahui pattani adalah asal kepada kebanyakan pondok tradisi yang hard core. Tiba-tiba ada pulak golongan yang didakwa salafi, itu yang membuat mereka tidak bersatu dan mudah dikucar-kacirkan. Ini direct hit kepada orang Islam di Malaysia, asyikla dok bertengkar perkara khilafiah nanti bila kita dijajah baru padan muka.

Untuk mendapat fakta lebih lanjut mungkin kita boleh beli dan baca buku Muslim Selatan Thai, Konflik dan Perjuangan karangan Farid md Zin dan Zullkarnain Muhd, Penulis dan Pensyarah UKM yang telah membuat kajian sosiologi di Selatan Thai.

ps. my first book review dlm abrzn inspired by 'thinking of book', tq abg web, Allahuikrimik!

Web Sutera said...

Assalamualaikum sahabat Abu Razeen.

Terima kasih atas komen, jejak & minat saudara untuk blog ini.

Komen bagi entri ini yang sdr sumbangkan amat menarik untuk direnung & dipanjangkan, insyaAllah. Saya pun sedar akan konflik dalaman yang telah dan sedang berlaku terhadap beberapa factions dalam perjuangan untuk umat Islam Patani. Ya, itu juga antara sebab mengapa kemenangan amat sukar untuk dicapai.

Dalam novel ini juga ada dipaparkan konflik tersebut secara fiksyen. Saya pernah membaca buku lain lama dahulu yang diterbitkan oleh DBP. Sayang, saya sudah kehilangan buku tersebut dan judul pun saya tidak ingat.

Terima kasih atas cadangan buku. InsyaAllah, saya akan cuba mencarinya.

Tahniah dan terima kasih juga kerana blog ini menjadi faktor inspire bagi sdr membuat ulasan buku.

abu razeen said...

abg web, saya mahu bertanya tentang bahasa melayu tinggi (BMT) pada masa yang sama juga saya telah menyelidik topik tersebut dalam http://profabdullah.wordpress.com/ namun kurang mengerti, abg web telah menyentuh serba sedikit dalam satu dan dua artikel ulasan buku, mohon pencerahan dalam isu ini dan kalau ada sebuah buku yang perfect menggunakan BMT sila nyatakan supaya saya boleh belajar menggunakannya. Sebagai permulaan setakat ini saya telah membaca novel faisal tehrani dan John Norafizam.

PS> Maaf luar topik, sebab abg web tak sediakan chat room pada tapak blog ini

Isma Ae Mohamad said...

Terima kasih atas resensi novel ini.Saya sendiri bercadang terjemahkan Gerila ke bahasa Thai, jika ada penerbit Thai sanggup menerbitkannya.Ia patut dibaca oleh umat Patani.

Saya bersetuju, memang hari ini di Patani terlalu banyak puak dan berjuang dengan ideologi sendiri.Di kampung saya sendiri masjid ada dua.Sedihnya kaum kerabat saya sendiri pun berperang pasal sembelihan ayam sah atau tidak sah sampai tidak pergi mari.

Dan lagi menyedihkan, bila saya pulang ke kampung baru-baru ini, ramai orang kampung saya tidak hadir ke pengajian agama mingguan di masjid Jamek Patani kerana pengajian itu telah diambil alih oleh pihak satu lagi.

Tambahan pula, betul juga yang ditulis allahyarham, Patani dikuasai oleh beberapa keluarga berpengaruh. Hari ini pun begitu juga. Satu keluarga menyokong Demokrat dan satu keluarga lagi kumpulan Wahdah fraksi parti pro Thaksin.Dan ada beberapa keluarga lagi yang menentukan sepakterajang politik selatan Thai.Adakala mereka ini berlagak macam raja--sebenarnya saya cukup bosan dengan lagak keluarga-keluarga ini.

Rumah mereka bagai adik istana--tidak percaya pergi lihat mahligai mereka ini di patani setengahnya kalah rumah ahli politik Malaysia. Sedangkan rakyat relatif hidup miskin, kais pagi makan pagi.

Sedihnya ramai anak-anak Patani hari ini tercicir sekolah, ia boleh dirasai jika anda melawat kampung di sana--dan mereka tidak cita-cita tinggi--cuma mahu kerja di Malaysia lepas habis sekolah.

Itu tidak termasuk soal penagihan dadah lagi, pil-pil kuda anda boleh rasa pergerakannya cukup bebas.

Ok, setakat ini sahaja, sebenarnya panjang lagi saya hendak katakan tapi orang muda seperti saya selalu dicurigai.

Web Sutera said...

Assalamualaikum sdr Abu Razeen dan Isma.

Sdr Abu Razeen, untuk mengetahui berkenaan BMT, saya kira sdr boleh cuba dapatkan buku bukan-fiksyen yang diterbitkan oleh PTS. Tanpa prejudis, penerbit ini memperjuangkan BMT dan banyak buku bukan-fiksyen yang berjaya menggunakan BMT ini. Sdr juga boleh melawati blog UNIKA di http://universitipts.com untuk membaca entri berkenaan, insyaAllah.

Sahabat, saya ada sediakan chat box di blog ini. Cuma ianya ke bawah sedikit, cuba skrol ke bawah.

Sdr Isma, satu wacana dan info yang amat berguna yang sahabat kemukakan. Isu Patani rupanya lebih gawat dari yang saya jangkakan. Jika isu cabang dalam Islam masih menjadi polemik yang tidak berkesudahan, justeru itu saya kira sukar Patani mencapai apa yang diperjuangkan.

Saya sedih sebenarnya kerana isu itu masih lagi berlegar. Saya ingat hanya di tahun-tahun 70-an & 80-an sahaja.

Sdr Isma, jangan takut untuk meluahkan yang terbuku dan yang baik. Demi Islam yang kita cintai, jom berdiskusi, insyaAllah. Saya amat alu-alukan.

Anonymous said...

assalamualaikum,
Terima kasih kepada anda semua yang membaca novel "GERILA". Terima kasih juga di atas pendapatan dan komen-komen anda semua. Saya begitu teruja.
Semasa beliau dalam tahanan ISA, saya diminta untuk membawa mesin taip writer dan A 4 Paper beberapa rim. Itulah hasilnya, novelnya mendapat 10 terbaik dalam saringan satu pertadingan.
Saya pernah mempelawa diri untuk buat editing.
Setelah pihak penerbit bersetuju untuk diterbitkan, saya ditawarkan untuk menaip semula. Alhamdulillah 2 anak beliau berjaya melakukannya dengan baik sekali. Saya memantau ejaan dan beberapa ayat-ayatnya. Tidak banyak pembembetulan dilakukan.

Hidup penulis terlalu pahit dan liku-liku berduri. Kawan seperjuangan khianat. Dia mati ditembak. Saya diberitahu oleh adik beliau yang membunuhnya adalah kawan baiknya sendiri, dan saya pun mengenali keluarganya.
Entahlah apa yang tidak kena dengan perjuangan mereka.Peniaga-peniaga TOM YAM bersepah di Malaysia. Tidak bolehkah peniaga-peniaga ini menyumbang dana perjuangan. Generasi muda rakyat Patani sebenarnya tidak tahu sejarah perjuangan yang dipelopori oleh Hj Amin Tomeena. Begitu juga ke mana menghilangnya anak Allah yarham Haji Karim Hassan untuk menyambung jihad ini. Hj Karim adalah ayah angkat kepada penulis.
Sekitar tahun 1977, penulis hampir dibedil oleh rakan baiknya sendiri.
Siam telah mengsiamkan orang-orang Melayu Patani dan 4 changwat lain.
Satun, Yala,Songkhla, dan Naratiwat dulu adalah berkerajaan Melayu. Tetapi penjajah Inggeris cukup jahat, Patani umpama abang yang menyelamatnya negeri-negeri di Semenanjung. Saya marah bila kita di Malaysia memanggil mereka Thai Muslim.Inilah padahnya bila tidak mahu membaca sejarah. Kita di Malaysia pun tunggulah. Penjajah dah control minda orang Melayu Islam dengan pelbagai kaedah. Asaklah anak-anak remaja dengan hiburan. dan dasar kerajaan kita yang cakap tidak serupa bikin adalah penyumbang ke arah keruntuhan akhlak remaja kita. Ke mana agak-agaknya orang Melayu nak tuju.
Penulis pernah menjadi usahawan berjaya, tetapi dia terlalu bermurah hati. Dia masih tak celik mana kaca dan intan. Dalam perjuangan dan peperangan, konsep membunuh atau dibunuh adalah menjadi pegangan.
Saya mohon maaf kerana terlajak mengeluarkan pandangan. Kami terlalu rindu untuk menziarahi pusaranya. Apakan daya masalah keselamatan menjadi penghalang. Insya allah, saya akan sentiasa membuka komputer dan membaca komen-komen anda. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN MOHON KEBERKATAN RAMADHAN MUBARAK UNTUK UMAT ISLAM SAMUA. wassalamu alaikum. Amin.

Anonymous said...

innalillahi wainnailaihi roji'un...
tak menyangka bapak lukman telah berpulang...
bilakah terjadinya?
semoga amal ibadah beliau diterima di sisi Allah SWT..

Web Sutera said...

Sdr Anonymous yang pertama, terima kasih atas info bagaimana novel ini mula ditulis semula dan akhirnya berjaya diterbitkan. Usaha sdr ternyata membuka minda ramai orang, termasuk saya - leluhur Patani yang gelandangan...

Sdr Tanpa Nama yang kedua, tarikh aruah pergi ialah pada tanggal 16 Ogos 2001, disemadikan di Kampung Telaga Gasing, Patani.

Apollo 2020 said...

Assalamualaikum;
Agak lama juga saya tidak membuka ruang ini. Mungkin pembaca novel GERILA kurang mengenali penulisnya. Tetapi biarlah kita fokuskan kepada isi dalam GERILA.
Perjuangan tidak pernah ada nohktah. Berapa ramai antara kita, termasuk saya rela, sanggup berdepan dengan realiti seorang pejuang. Susuk tubuh pejuang amat memeritkan. Letih dalam erti kata mengharung, menongkah arus.
Di manakah hendak kita letakkan kayu pengukur pejuang. Dalam penulisan, memertabatkan sastera conthnya; siapakah sasaran kita. Berapa ramai yang sanggup membeli senaskah novel seperti GERILA. Di pasaran berlambak novel-novel yang di tulis dan saya tak tahu apa yang disampaikan oleh penulisnya.

Web Sutera said...

Alaikumsalam warahmatullah, sdr Apollo 2020. Terima kasih atas komen yang kritis mengenai dunia penulisan novel Melayu.

Memang benar bagi pertanyaan "Berapa ramai yang sanggup membeli senaskah novel seperti GERILA." Memang tidak ramai. Saya antara segelintir manusia yang berkecuali itu. Novel sejarah dan fiksyen yang menitipkan isu perjuangan agama dan bangsa memang saya alu-alukan.

Ya, saya pernah memperkatakan hal kebanjiran novel cinta berbahasa Melayu dalam pasaran kita. Memang berlambak. Tidak kurang juga novel cinta yang cuba dilambakkan dan didoktrinkan ke dalam minda anak Melayu amat rendah mutu dan nilai moralnya.

Namun begitu, kedapatan juga novel cinta yang menjuruskan sebuah cinta suci; cinta kepada Rasulullah dan Allah.

Justeru itu, kemunculan fiksyen dan novel sejarah di pasaran Malaysia mesti diteruskan. Semoga isu perjuangan dan cinta suci untuk mencari keredhaan Allah menjadi sastera alternatif kepada sekian banyak novel cinta sesama insan.

Saya dan saudara ada pilihan.

Dalam masa yang sama, saya kira, kebanjiran novel cinta bahasa Melayu yang menyentuh cinta muda-mudi yang berakhlak, sedikit sebanyak dapat menjadi tabir kepada budaya fiksyen bahasa Inggeris yang sekian lama mendominasi dunia sastera Malaysia.

Fiksyen cinta bahasa Inggeris terlalu menjurus kepada seks dan kepuasan nafsu semata-mata.

Apollo 2020 said...

assalamualaikum;
Memperkatakan akhlak remaja Malaysia yang kian merudum, berani saya tegaskan bahawa melalui media cetak juga adalah merupakan penyumbang dalam masalah ini. Juga, dasar-dasar kerajaan melalui kementerian-kementeriannya. Contoh; kementerian KDN bertanggung jawab dalam meluluskan permit-permit untuk mejalah dan akbar. Saksikanlah waja siapa terpangpang di muka majalah. Kita akui itu sebagai pelaris dalam pernigaan. Kementerian Penerangan yang mengedandalikan program di media eletronik. Cukup memalukan apabila anak-anak kecil disajikan dengan pelbagai pergram yang saya rasa tidak nampak apa yang disampaikan oleh penerbit. Di cipta anika pertandingan dan idol. Impaknya, nama artis lebih menonjol dan dikenali oleh anak-anak di Tadika. Apa pula peranan Kementerian Pelajaran.Berapa ramai pelajar sekolah yang menghisap rokok.

Anak Watan said...

Assalamualaikum..!
Setelah saya membaca beberapa lembar novel Gerila yg. ditulis Lukman Iskandar, saya merasa khawatir terhadap kebenaran isi tulisannya, apakah direka-reka atau bagai mana? sebab banyak tulisan yang termaktub dalam novel itu setelah dirujuk kepada mereka yang terlebat dalam gerakan perjuangan Patani yang masih hidup belum mati, mereka mengatakan novel GERILA itu adalah rekaan Lukman Iskandar,tidak berlandaskan kepada sejarah yang sebenar.
Wassalam.
Anak Pejuang Kemerdekaan Patani.


Photobucket
top