Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Perjanjian Inggeris - Siam 1909 (Perjanjian Bangkok 1909, Perjanjian Anglo Siam 1909) di Istana Raja Thailand, bersama Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir John Anderson adalah antara titik tolak yang menyaksikan pemecahan kerajaan Melayu Patani.

Isi perjanjian pada tahun 1909 itu melibatkan perkara-perkara berikut. Antaranya:


1) Kerajaan Melayu Pattani meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
2) Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah Thailand diserahkan kepada Britain.

3) Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang pena
sihat British pada tahun 1909.
4) Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
5) Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.


Mungkin inilah asal-usul penjajahan Thai terhadap Melayu di utara Semenanjung dengan rasminya melalui pengiktirafan British; sebuah empayar terbesar pada saat itu.


Bantah nama Thai, ganti dengan Siam


Menelaah sejarah tentunya melibatkan fikiran yang mengundang keletihan. Di sana, telahpun ada usaha pengkarya filem yang mengeluarkan Queen of Langkasuka (Thai), Hikayat Merong Mahawangsa (Malaysia, bakal terbit) untuk menggeledah kisah-kisah purba.

Mungkin dengan jalan ini, setidak-tidaknya, perca-perca gambaran sejarah dap
at dimuat dalam gambaran rakyat. Tapi, perkembangan mutakhir ini di Thailand agak menarik. Dan ia dimulai dengan gerakan intelektual, bukan melalui kuasa politik dan ketenteraan.

Misalnya, baru-baru ini, ahli sejarah terkemuka, Charnvit Kasetsiri membuat bantahan ke atas Perdana Menteri A
bhisit Vejjajiva dan beberapa jawatankuasa politik untuk menukar nama negara itu daripada Thailand kepada nama asalnya; Siam. (Prominent historian Charnvit Kasetsiri recently lodged a petition with Prime Minister Abhisit Vejjajiva and the reconciliation and political reform committee calling for the country's name to be changed from Thailand back to Siam.)

Siam adalah negara asal di mana ia me
miliki benderanya sendiri, berwarna merah dengan gambar seekor gajah putih menghiasi bendera tersebut.

Mantan rektor Thammasat University itu berkata piagam perlu diubah dari 'Perlembagaan Negeri Thailand' kepada 'Perlembagaan Negeri bagi Siam' atau 'Perlembagaan Siam".
Ini perlu bagi tujuan menggalakkan 'perpaduan ', 'keharmonian' dan 'perdamaian'.

Akademikus itu berkata, bahawa usaha menamakan semula Thai itu adalah langkah awal untuk merawat kemelut politik dan masyarakat di negara itu yang terdiri daripada 60 juta rakyat termasuk lebih daripada 50 kumpulan etnik.

Menurut ahli sejarah itu, Thai sebagai sebuah negara, telah beransur-ansur menjadi 'ultra nasionalisme' dalam beberapa dekad lalu yang mungkin menjadi replika negara sebelum itu. Rusuhan politik di negara itu berlaku kerana rakyat bukan saja dipisah melalui sikap politik yang berbeza, tetapi yang jauh lebih penting, wujudnya peminggiran etnik.

Usaha menamakan semula negara Siam itu boleh menjadi batu loncatan untuk menyusun penyelesaian yang dinantikan rakyat negara itu, kata ahli akademik terse
but. (Sumber: Sekolah Pemikiran Kg Baru, melalui Harakahdaily)

Salah satu perenggan yang menarik untuk diteliti, diambil dari berita Bangkok Post.

Question: Everybody knows this country had been called Siam since the Ayutthaya era. Why was it renamed as Thailand 70 years ago?


Answer: That was in 1939, the year that World War Two started. The world had cringed at the rise of Adolf Hitler's nazism in Germany and fascism in Italy and Japan. In this country, the military-led government of then-premier Field Marshal Phibulsongkhram (Por) had been considerably influenced by ultra-nationalism which only imitated the powerful nazism and fascism overseas. Siam was renamed as Thailand on the spur of the moment when Field Marshal Por's government was evidently taking sides with the Axis forces during the early years of World War Two.


The ultra-nationalism in Europe and Japan apparently prompted Field Marshal Por's government to take for granted that this country needed some kind of military authoritarianism in times of war. Luang Vichit Vathakarn, then head of the Fine Arts Department, coined the new name for the country on the basis of ethnicity, undoubtedly because the Thai race was the ruling class of a mixed-up society.

The petition is primarily aimed to promote harmony and reconciliation in the country where more than 50 ethnic groups with their distinctive languages reside, including Thai, Yuan, Lao, Lue, Malayu, Mon, Khmer, Teochiu, Cantonese, Hokkien, Hainan, Hakka, Cham, Sakai, Tamil, Pathan, Persian, Arab, Phuan, Tai Yai, Phu Tai, Yong, Hmong, Karen, Museur and farang, etc.


Not until Siam was renamed as Thailand had some people in this country lo
oked down upon others with racial or ethnic biases. In the old Siam, the people had co-existed and spontaneously welcomed diversities which had prevailed in all parts of the country. Many Bangkokians, who may regard themselves as mainstream descents of the Thai race, had a penchant for ridiculing those of Lao origins living in the Isan (northeastern) region.

Ethnically speaking, Muslim villagers living in the southernmost region of the country are not Thais, but of Malay descent. Nevertheless, they were compelled to call themselves Thai purely for territorial integrity reasons.


Pautan:
What's in a name?


(P/s: Saya berasal dari leluhur Melayu Patani. Moyang dan datuk saya sebelah emak merupakan susur galur keluarga pemerintah Kerajaan Islam Patani, Yala dan Narathiwat. Masih ramai lagi ahli keluarga di
sana. Saya masih dapat berjumpa dan mengenali beberapa waris terdekat semasa bersekolah di Besut, Terengganu di tahun-tahun 70-an dan 80-an. Kerap kali ada ahli keluarga yang bertandang ke Besut dari Thailand.)


Pembunuhan di Masjid Furgan, 10 Jun 2009

Ada cerita di sebalik kejadian tembakan jemaah yang sedang solat di Masjid Furqan pada 10 Jun lalu. Saya salin cerita sedih ini dari blog Abu Razeen.

Terdapat 23 orang jemaah solat Isyak pada malam itu. Sebelum itu ada jemaah muslimah seramai 5 orang pada waktu Maghrib, tapi oleh kerana terdapat beberapa ahli tabligh yang mengimarahkan masjid pada hari itu maka jemaah Muslimah solat Isyak di rumah sahaja.


Masjid yang kurang lebih besar satu bilik darjah malam itu ada 2 saf. Sewaktu rakaat kedua apabila bacaan Fatihah sampai ‘Iyyakana’budu Waiyya Kanas Tain’ oleh Imam Abdullah (cerita versi lain semasa sedang rukuk) sekonyong-konyong masuklah 6 orang berpakaian hitam menghamburkan peluru otomatik dari rifle M16 dan AK47.


Dari pintu masjid yang menyaksikan syahidnya 11 jamaah Isyak gugur, penembak yang tidak kenal belas kasihan itu mensasarkan laras rifle dari pinggang ke kepala, mengakibatkan cebisan-cebisan badan seorang jemaah bersepah di dalam masjid, manakala yang lainnya ada yang sukar dikenali.


Tembakan diarahkan ke sebelah kiri jemaah kerana di situ kebanyakan orang kampung berdiri di dalam saf (solat). Imam Abdullah yang mengepalai solat malam itu terkena peluru yang tembus dari makmum di belakangnya. Maha suci Allah, Imam Abdullah turut menemui Rabbul Jalil sebagai syuhada bersama 10 jemaah yang lain. Inilah kematian yang dicemburui.


Bersebelahan masjid adalah hutan, manakala selainnya adalah rumah orang kampung. Dikhabarkan juga terdapat kem tentera Thailand berhampiran kampung tersebut. Setiap kali kejadian tembakan, kerajaan Thailand menuding jari ke arah kumpulan separatist Islam.
Tapi kalau ditanya orang kampung inilah kerja askar kerajaan.
(Berkaitan: Pulo: Pondok tidak latih pengganas)

(P/s: Jurucakap tentera mengatakan bahawa kelihatannya ‘pihak penyerang ingin menyalahkan pihak tentera.' Memang tentera Thailand yang punya angkara. Saya masih teringat kejadian tembak-menembak juga berlaku lewat tahun 70-an. Kerap kali saudara mara yang berziarah sanak saudara di Kelantan dan Terengganu menceritakan bahawa itu semua perbuatan soldadu Thai yang jahat (atau Mafia?).)

5 comments:

Ummu Mishkah said...

Cam menarik buku untuk org mcm saya yang kurang minat subjek sejarah.. hihihi

Web Sutera said...

Sdr Ummumishkah,

Semasa bersekolah, saya pun memang tidak menyukai subjek sejarah.

Tetapi setelah habis universiti, sejarah antara tema utama minat saya dalam pembacaan, samada buku fiksyen, fiksyen-sejarah ataupun bukan-fiksyen.

Sejarah banyak memberi pengajaran kepada kita. Tanpa sejarah, generasi kita tidak wujud.

Pastinya sejarah paling agung ialah sejarah Muhammad bin Abdullah (S.A.W) dan generasi khalifah.

Melalui sejarah juga kita mengenal jati diri dan hati budi serta hala tuju agama dan bangsa. Ada sejarah yang penuh duka, air mata dan darah.

Ada sejarah yang perlu dilupakan dan jangan diulangi. Ada sejarah yang wajib kita pertahankan!

Anak Nusantara said...

Tuan Web Sutera,

Jangan lupa bahawa sistem pendidikan kita tidak sedikit cuba pesongkan sejarah atau menipu palajar sekolah dengan sejarah.

Juga sejarah yang pernah kita belajar di sekolah mengatakan perihal Kamal Attatuk. Buku sejarah sekolah mengangkat Kamal Attaturk sebagai insan yang membangunkan Turki, walhal dialah yang MENGHANCURKAN Islam di sana.

abu razeen said...

Ya untuk ataturk sila baca 'Turki Negara Dua Wajah' singkap siapa sebenar Mustapha Kamal yang dianggap hero

Web Sutera said...

Terima kasih sdr Abu Razeen. Ya, saya ada lihat buku tersebut, tetapi masih belum membelinya.


Photobucket
top