Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalah Gedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilan

Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwi-bulanan itu memaparkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersilap mengibarkan bendera
Mongolia beberapa bulan lalu. bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

(Hebat betul penangan nama Altantuya Sharibuu dan Mongolia. Berkaitan: Kes Altantuya Sharibuu: Najib mesti saman media, kata Mahfuz)

Dan padahnya ia
lah sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor itu pagi tadi (25 Ogos) susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik perdana menteri. Aduhai, macam-macam!

Lapan pegawai itu tiba di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi tadi-
dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Pegawai bahagian kawalan penerbitan KDN turut merampas 408 naskhah majalah t
ersebut - yang sarat dengan kartun dan humor isu-isu semasa dan politik. Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis. (Baca seterusnya laporan oleh Malaysiakini di bawah).

(P/s: Apa-apa hal pun PAS/Pakatan Rakyat menang besar di pilihanraya kecil Permatang Pasir, Pulau Pinang. Alhamdulillah dan tahniah untuk semua. PM Najib, ini adalah petanda rakyat menolak UMNO/BN dan menolak kepimpinan Datuk Seri sebagai perdana menteri Malaysia.


Walaupun serangan besar-besaran terhadap kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz berkenaan ‘syurga dan Islam Palestin’ (Fakta: bukan itu katanya) yang ibarat kelatahan tahap melampau, namun bak kata orang, rakyat Malaysia sudah matang dan tahu propaganda BUSUK (baca ikut stail P. Ramlee dalam filem Tiga Abdul) UMNO/BN. ALLAHHU-AKHBAR!!)

Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai se
malam dan dijual dengan harga RM4. Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.


Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan".


Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA..


Berkaitan:
AWAS: Dua buah buku busuk oleh penulis Syaitan!

Untuk PM Najib: Majalah lucah Mangga mengapa tidak diharamkan?
Gedung Kartun: Majalah sarat sindiran pedas isu politik

2 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Sudah lama saya mencari media kartun/ilustrasi 'berisi' sperti ini. Akhirnya vacuum sudah terisi. Akan mendapatkan naskhah ini segera. Tentu sekali saya turut terhimbau kenangan kepada tesis sarjana muda saya tentang kajian kartun sebagai media penyampai maklumat dan kritikan kira2 sepuluh tahun yang lalu ; kini, ada terjemahannya dalam bentuk produk yang menguja. Syabas dan tahniah sdra Zunar!!

Web Sutera said...

Sahabat Rozlan,

Saudara merupakan salah seorang sahabat yang melihat sesuatu dari sudut yang berlainan. Tahniah! Ilmu itu boleh disampaikan dalam pelbagai medium.

Segera dapatkan, takut nanti KDN rampas semuanya, walaupun ianya sudah dicetak 10,000 naskhah.

KDN seperti biasa memilih penerbitan tertentu untuk bertindak. Walhal banyak lagi penerbitan, buku dan majalah picisan yang bersepah dalam negara. Mengapa KDN berdiam diri?


Photobucket
top