Semasa dasar PPSMI mula-mula diumumkan, parti GERAKAN membantah keras dasar itu kerana ia akan menyebabkan kesan negatif terhadap mutu pendidikan di sekolah-sekolah Cina, dan mengancam budaya Cina. Parti MCA (yang terkenal sebagai parti Cina kaya) tidak membantah kerana parti itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin yang berpendidikan Inggeris dan kaya-raya.
Tetapi, permuafakatan lebih 600 buah pertubuhan pendidikan dan kebudayaan Cina yang bersatu di bawah nama Dong Ziong telah menghasak MCA supaya menolak PPSMI, dan akhirnya kerana takut hilang sokongan, MCA juga turut menolak.
Apabila parti GERAKAN dan MCA semakin kuat menentang PPSMI, disebabkan Tun Mahathir takut perpaduan dalam Barisan Nasional (BN) akan lemah, maka sekolah-sekolah Cina dibenarkan terus mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Cina.
Pada sebelah petang, sekolah-sekolah Cina mengadakan kelas tambahan di mana murid-murid di SRJK(C) mengulang pelajaran sains dan matematik itu dalam bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan murid-murid sekolah Cina kekal faham apa yang mereka pelajari walaupun bahasa Inggeris mereka lemah.
Perkara yang sama tidak diizinkan bagi guru-guru di sekolah Melayu dan sekolah-sekolah Tamil. Mereka sama sekali tidak dibenarkan mengajar dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Tamil, walaupun murid-murid melopong.
Para pejuang bahasa dan pendidikan Melayu juga turut bangun menentang dasar PPSMI tetapi Tun Mahathir menggelapkan apa jua maklumat berkenaan perjuangan itu daripada dilaporkan dalam media yang dikontrol oleh BN.
MCA dan GERAKAN kemudian meminta pula supaya buku-buku teks sains dan matematik bagi SRJK(C) dicetak menggunakan 2 bahasa, iaitu bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Ini membolehkan murid-murid di sekolah Cina langsung tidak ada masalah membaca buku teks mereka, kalau tidak faham teks Inggeris, teks Cinanya ada.
Kelulusan buku teks dwi-bahasa untuk SRJK(C) itu diluluskan oleh bekas menteri pelajaran Datuk Hishamuddin Hussein. Perkara yang sama tidak diizinkan untuk sekolah-sekolah Melayu dan Tamil. Buku teks sains dan matematik semata-mata dalam bahasa Inggeris, meskipun murid melopong.
Diskriminasi antara SRJK(C) dengan SRJK dan SRJK(T) ini masih berterusan hingga pada saat entri ini ditulis. (Sumber: UNIKA)
Tetapi, permuafakatan lebih 600 buah pertubuhan pendidikan dan kebudayaan Cina yang bersatu di bawah nama Dong Ziong telah menghasak MCA supaya menolak PPSMI, dan akhirnya kerana takut hilang sokongan, MCA juga turut menolak.
Apabila parti GERAKAN dan MCA semakin kuat menentang PPSMI, disebabkan Tun Mahathir takut perpaduan dalam Barisan Nasional (BN) akan lemah, maka sekolah-sekolah Cina dibenarkan terus mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Cina.
Pada sebelah petang, sekolah-sekolah Cina mengadakan kelas tambahan di mana murid-murid di SRJK(C) mengulang pelajaran sains dan matematik itu dalam bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan murid-murid sekolah Cina kekal faham apa yang mereka pelajari walaupun bahasa Inggeris mereka lemah.
Perkara yang sama tidak diizinkan bagi guru-guru di sekolah Melayu dan sekolah-sekolah Tamil. Mereka sama sekali tidak dibenarkan mengajar dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Tamil, walaupun murid-murid melopong.
MCA dan GERAKAN kemudian meminta pula supaya buku-buku teks sains dan matematik bagi SRJK(C) dicetak menggunakan 2 bahasa, iaitu bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Ini membolehkan murid-murid di sekolah Cina langsung tidak ada masalah membaca buku teks mereka, kalau tidak faham teks Inggeris, teks Cinanya ada.
Kelulusan buku teks dwi-bahasa untuk SRJK(C) itu diluluskan oleh bekas menteri pelajaran Datuk Hishamuddin Hussein.
Diskriminasi antara SRJK(C) dengan SRJK dan SRJK(T) ini masih berterusan hingga pada saat entri ini ditulis. (Sumber: UNIKA)
3 comments:
TEPAT SEKALI...........
Memang tepat dan jitu. Pukulan maut!
ye ke cam tu? nak baca buku nilah
Post a Comment