Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Salah seorang penulis veteran kegemaran saya ialah Ustaz Azizi bin Abdullah. Baru-baru ini beliau membuat komentar terhadap keputusan mahkamah dalam kes keributan takhta pemerintahan di negeri Perak. Walaupun saya sudah terbitkan komentar ini di blog Dunia Sutera, namun untuk renungan rakan-rakan, saya terbitkan kembali di bawah. Buka mata, dan yang terutamanya ialah buka mata hati.

Aik, hakim pun boleh silap? Bicara punya bicara, hujah punya hujah, semalaman memikirkan bagaimana mahu menyediakan kertas penghakiman, tiba-tiba hakim sikit atas pula kata hakim bawah sikit buat kesilapan.

Tak pernah dengar pula, hakim sikit bawah kata, hakim sikit atas buat silap? Macam mana sistem ini, sesudah hujah dan bukti, cup-cup ada cupnya.

Memang manusia tidak sunyi buat silap. Soalnya apakah orang yang atas lagi itu tak buat silapkah? Kalau dalam sistem penghakiman asyik pindah satu mahkamah ke satu mahkamah kemudian keputusannya dihempuk kepada hakim buat silap, haahhh, ini sistem injit-injit semut.

Barangkali kalau ada sepuluh mahkamah dalam sistem seperti sekarang ini, sembilan hakim tetap buat silap.

Ertinya yang kalah bukanlah salah.
Yang menang belum tentu benar.
Yang kalah kerana hakim buat silap.
Yang menang kerana hujah.

Kebenaran tersembunyi dalam hujah. Siapa yang pandai sembunyi kebenaran, berkuasa sorok kebenaran, maka menanglah yang tak benar.

Baca seterusnya dalam blog penulis Pak Azizi. (Gambar: Kulit novel Pak Azizi, Zikir Rindu)

Injit-injit semut, siapa sakit naik ke atas. Injit-injit semut, siapa sakit naik ke atas.

0 comments:


Photobucket
top