Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Lompat, sorok atau culik? Apa sudah jadi dengan ahli-ahli politik Malaysia dan dunia politik negara ini? Kalau untuk kebaikan tidak mengapa. Apa yang dibimbangkan ialah permainan kuasa oleh pihak tertentu. Adakah mandat rakyat dipermainkan? Aku bosan dan menyampah!

Berkaitan: Lompat parti - antara katak, tupai dan kijang

Baca komen salah seorang pembaca laman berita Malaysiakini terhadap perkara yang terjadi di Perak.

JD Lovrenciear: The heightened covert and covetous operations within the political corridors of power involving enticement and party hopping is indeed extremely worrisome if not a crisis yet.
The on-going political drama thickens as individuals and representatives elected through the due process of democracy, suddenly vanish into thin air.

We have two elected members of governance out of the party radar and unreachable even by close family members. Such drama was only heard of in far away lands during the forsaken times of the 'iron curtains'. Full comment, click here.

Anak ADUN akan diculik?

Ini adalah entri terkini Exco Selangor, YB Iskandar Iskandar A. Samad di blognya berkaitan isu ini. Panas dan mendebarkan!


Saya menggesa semua ADUN-ADUN Selangor mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini berikutan perkembangan terkini di Perak yang melibatkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat.

Pada tahun 60'an, ADUN-ADUN PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong UMNO. Ini merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Tetapi usaha ini gagal setelah beberapa orang ADUN yang diculik telah menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri.

Saya berharap ADUN-ADUN akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil tidak terdedah kepada sebarang usaha untuk menculik mereka. Saya bimbang jika taktik ini akan digunakan untuk memaksa mana-mana ADUN berpaling tadah.

Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi ia perlu sentiasa berwaspada. Barisan Nasional sekarang tertekan selepas kalah di Kuala Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku.

Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga kini. (Iskandar A. Samad, 2 Februari 2009)

0 comments:


Photobucket
top