Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Isu ini saya ambil dari laman web UNIKA yang antara lain memperjuangkan bahasa Melayu dan isu-isu pembelajaran dan pengajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia. Elok sangat laman tersebut menyuarakan kebimbingan dalam perkara modul bahan bacaan pendidikan Malaysia bersifat sekular dan sama sekali tidak mencerminkan identiti rakyat Malaysia.

Baca seterusnya dan
cuba fahami isu yang mahu diketengahkan. Kita berhak menyuarakan kebimbangan kita kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.


Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membelanjakan puluhan juta ringgit bagi menanggung kos melesen penggunaan modul bahan bacaan bergred yang dibuat oleh kementerian pendidikan Australia bagi digunakan di sekolah-sekolah Malaysia, keputusan itu tentu dipertikaikan oleh pakar-pakar bacaan kita.


Wang puluhan juta (malah mungkin ratusan juta) itu, apabila diberikan kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), tentu sekali PPK dapat bekerjasama dengan pakar-pakar bacaan di universiti kita bagi menghasilkan bahan bacaan bergred yang menggunakan acuan Malaysia.


Kementerian pendidikan Australia mengamalkan dasar pendidikan sekular, oleh itu input spiritual tidak ada dalam bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam modulnya.


Australia adalah sebuah negara sekular.
Bahan-bahan bacaan sekular adalah untuk sistem pendidikan sekular.

Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mempertahankan hak rakyatnya menganuti agama-agama lain.
Malaysia mengamalkan 5 prinsip dalam Rukun Negara, di mana prinsip yang pertama adalah "Kepercayaan kepada Tuhan".

Dengan membelanjakan puluhan juta ringgit bagi melesen bahan-bahan bacaan sekular ciptaan pakar-pakar Australia, jelas sekali KPM bukan hanya melupakan ideologi nasional negara kita dan falsafah pendidikan kebangsaan, malah KPM sendiri menjadi agen proses pensekularan sistem pendidikan negara ini.


*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

1 comments:

Cik Awan Butirstar said...

saya amat setuju den encik web sutera. pendidikan di malaysia adalah pendidikan sekular yang diwarisi drpd kerajaan british semenjak 50 tahun yang lalu.

kita bukan sahaja dapat merdeka bahkan kena menggunakan sistem pendidikan sekular british.

kerajaan malaysia mesti mengkaji balik sistem pendidikan kita supaya ia mengikut sistem pendidikan yang dianjurkan Oleh Islam.

50 tahun merdeka, 5o tahun pemikiran rakyat malaysia dijajah

top