Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Sepanjang cuti Aidilfitri 2008 di rumah emak yang terletak di Pahang, saya cuba untuk menghabiskan pembacaan novel Hijab Sang Pencinta, namun gagal lantaran masa dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti Aidilfitri. Dalam masa yang sama saya mula membaca novel diari kehidupan Puan Rafidah, Dunia Belum Berakhir dan novel sai-fi Saga Horizon.

Apa komen saya terhadap Hijab Sang Pencinta setakat yang saya baca? Ianya hebat dan ampuh. Setakat yang saya tahu, pembaca lain melihat isi percintaan antara Laksamana Sunan dengan Haryani sebagai intipati utama. Ada yang suka dan ada yang rasa kecewa dengan pengakhiran novel trilogi Bagaikan Puteri ini. Pengamatan saya terhadap novel ini berlainan. Seperti mana yang dikatakan oleh penulisnya, Ramlee Awang Murshid, percintaan antara dua watak utama itu hanyalah sebagai salah satu plot penyeri novel, bukannya isi utama. Saya akan ulas kemudian.

Semasa di rumah emak ketika Aidilfitri itu juga, Hijab Sang Pencinta turut dibaca oleh adik ipar dan adik saya. Kedua-dua mereka sudah selesai membacanya dalam tempoh dua dan tiga hari masing-masing. Kata adik saya, seorang ustaz yang mengajar di Melaka, “Bila sudah membaca novel Ramlee, terasa tidak mahu membaca novel-novel yang lain.” Ayat seumpama ini pernah saya dengar dari pembaca lain terhadap karya Ramlee. Sungguh hebat saudara Ramlee kerana berjaya ‘menyekat’ pembacanya dari membaca novel-novel yang lain.

Dunia Belum Berakhir merupakan sebuah kisah kehidupan. Rangkuman utama ialah pengorbanan isteri dan ibu dalam membesarkan dan mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang pandai memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Pandangan sekilas saya ialah, ya sebuah novel yang baik. Elok dibaca dan diperhatikan secara halus. Banyak pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan, insyaallah.

Bagaimana pula novel sai-fi Saga Horizon terbitan Alaf21 Sdn. Bhd? Saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana baru sahaja selesai baca bab 1.

Dalam pada itu Dunia Belum Berakhir terpaksa saya tinggalkan di rumah emak justeru beliau mahu membacanya. Nampak gaya, lambat lagilah untuk saya menyambung pembacaan novel ini.


*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

3 comments:

Abang Long said...

Salam Lebaran buat Saudaraku yang dirahmati Allah.

Kita memang 'senasib'. Baru baca sehelai, orang sudah datang ke rumah. Adik - beradik, saudara - mara, jiran tetangga, semuanya datang menziarah dan berhari raya. Entah bila hendak habis sebuah novel. Alahaiiii... hehehe.

Anonymous said...

nak uat cm ne abg web n abg long...raya la katakan...skrg fyena baru nak baca ayat2 cinta...org skrg sibuk nak tgk kat tv tp fyena plak sibuk membaca..fyena agak tertarik ngn dunia belum berakhir...nanti la klu ada kesempatan blek kuching fyena cari la..

Anonymous said...

Abg Long & Fyena,

Diumumkan, saya sudah selesai membaca HSP, yeahaaaa..!


Photobucket
top