Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Hadiah Kesusasteraan Singapura 2008 dikelolakan oleh Majlis Pembangunan Buku Nasional Singapura dengan kerjasama beberapa badan penggiat sastera dan seni yang lain.

Hadiah ini bermatlamatkan untuk mempromosikan karya sastera negara itu melalui pengiktirafan terhadap karya-karya yang bermutu oleh penulis Singapura. Ianya merangkumi semua karya dalam bahasa rasmi Singapura, iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Tamil.

Untuk kategori bahasa Melayu, karya-karya yang dicalonkan adalah:

1. Bila Rama-Rama Patah Sayapnya - Mohamed Latiff Mohamed
2. Anugerah Bulan Buat Bonda - Muhammad Salihin Sulaiman
3. Langau Menyerang Masjid dan Cerita-cerita Lainnya - Suratman Markasan
4. Cetusan Kalbu Seorang Penyair - Peter Augustine Goh
5. Perahu Melayu Di Lautan - Khulzum Johar Buang
6. Sekeras Waja Selembut Sutera - Manaf Hamzah

Setakat ini tiada pengumuman terhadap pemenang dalam media maupun internet. Pemenang tahun 2006 bagi kategori bahasa Melayu ialah buku koleksi cerpen Nostalgia Yang Hilang oleh saudara Mohamed Latiff Bin Mohamed.

Sinopsis Nostalgia Yang Hilang

Nostalgia Yang Hilang is a collection of 21 of the best short stories ever written by Mohamed Latiff Mohamed. This book holds varieties of themes which include humanity, love, vulnerable family relationship, science and technology, poverty, religion, and finally the theme of disappointment about developments that encroach on the past, which became the title of this book – The lost Nostalgia. This collection has a fair balance of realistic and satirical approaches in short stories writing. The strength of this book lies in the magnificent description of the characters, setting, and events with a very dramatic play of words and discourse.

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

0 comments:


Photobucket
top