Isi kandungan buku yang baik dan berguna tidak menjamin buku itu laku. Maka tidak hairanlah apabila banyak buku yang menang anugerah dan hadiah jarang sekali mengalami peningkatan jualan selepas kemenangan itu diisytiharkan.
Laku ataupun tidak sesebuah buku itu ditentukan oleh banyak faktor. Antara faktor-faktor itu adalah kesanggupan penerbit menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran.
Penerbit-penerbit kecil lazimnya tidak menjalankan usaha promosi dan pemasaran oleh itu mereka tidak melabur dalam pembiayaan kos promosi dan pemasaran disebabkan modal perniagaan mereka yang terbatas. Oleh itu mereka hanya berusaha menjual sahaja.
Tanpa promosi yang kuat, jualan tidak dapat ditingkatkan. Ada pula penerbit besar yang mampu membiayai kos promosi, sayangnya strategi promosi yang mereka gunakan bukan strategi berkesan. Sebagai contoh, mereka melaburkan banyak wang bagi mengadakan majlis pelancaran buku, sedangkan kajian mendapati tidak terdapat perkaitan langsung antaragaya mewah majlis pelancaran buku yang dijalankan di negara kita ini dengan peningkatan jualan buku yang dilancarkan itu.
Strategi mengundang 'orang besar politik' bagi melancarkan buku adalah strategi yang paling membazir apabila diukur dari sudut keberkesanan jualan buku. Pendek kata, orang politik bukan duta buku yang baik, meskipun orang politik itu adalah seorang perdana menteri.
Inilah yang lazimnya berlaku: Selepas majlis pelancaran, wartawan akan bertanya kepada orang besar itu soalan-soalan yang tiada kaitan langsung dengan buku yang dilancarkan. Wartawan pun tidak ambil pusing hendak menulis berkenaan buku itu ataupun pengarangnya. Jadi, orang besar itulah yang mendapat banyak 'perbatuan' dalam mediamassa , bukan buku itu.
Paling-paling ayat laporan akhbar itu berbunyi lebih kurang begini, "Tan Sri Si Fulan membuat kenyataan itu dalam majlis pelancaran buku "anu-anu" yang diadakan kelmarin....." Selebihnya, yang dilaporkan dalam media adalah cerita Tan Sri Si Fulan itu dan kementerian yang di bawah jagaanya. (Sumber: Universiti PTS)
(Gambar 1: Beberapa buku yang sudah saya baca. Gambar 2: Antara rak buku di rumah saya)
Laku ataupun tidak sesebuah buku itu ditentukan oleh banyak faktor. Antara faktor-faktor itu adalah kesanggupan penerbit menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran.
Penerbit-penerbit kecil lazimnya tidak menjalankan usaha promosi dan pemasaran oleh itu mereka tidak melabur dalam pembiayaan kos promosi dan pemasaran disebabkan modal perniagaan mereka yang terbatas. Oleh itu mereka hanya berusaha menjual sahaja.
Tanpa promosi yang kuat, jualan tidak dapat ditingkatkan. Ada pula penerbit besar yang mampu membiayai kos promosi, sayangnya strategi promosi yang mereka gunakan bukan strategi berkesan. Sebagai contoh, mereka melaburkan banyak wang bagi mengadakan majlis pelancaran buku, sedangkan kajian mendapati tidak terdapat perkaitan langsung antara
Strategi mengundang 'orang besar politik' bagi melancarkan buku adalah strategi yang paling membazir apabila diukur dari sudut keberkesanan jualan buku. Pendek kata, orang politik bukan duta buku yang baik, meskipun orang politik itu adalah seorang perdana menteri.
Inilah yang lazimnya berlaku: Selepas majlis pelancaran, wartawan akan bertanya kepada orang besar itu soalan-soalan yang tiada kaitan langsung dengan buku yang dilancarkan. Wartawan pun tidak ambil pusing hendak menulis berkenaan buku itu ataupun pengarangnya. Jadi, orang besar itulah yang mendapat banyak 'perbatuan' dalam media
Paling-paling ayat laporan akhbar itu berbunyi lebih kurang begini, "Tan Sri Si Fulan membuat kenyataan itu dalam majlis pelancaran buku "anu-anu" yang diadakan kelmarin....." Selebihnya, yang dilaporkan dalam media adalah cerita Tan Sri Si Fulan itu dan kementerian yang di bawah jagaanya. (Sumber: Universiti PTS)
(Gambar 1: Beberapa buku yang sudah saya baca. Gambar 2: Antara rak buku di rumah saya)
2 comments:
wah2, abg web. tu bukan sekadar rak biasa2, dh jadi mini library dah. btw, teruja ng smgt abg web mencintai buku2/novel2 ni. org rumah pn berkongsi minat yg sama ke abg web?
Ada kalangan kepala dlm industri bukan kaki buku, tapi kaki bangku! Ini juga merencatkan kesuburan industri!
Post a Comment