Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Aku menyokong Anwar Ibrahim. Aku suka Anwar berkawan dengan PAS dan DAP. Aku sokong Anwar jadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Aku juga respect perjuangan Anwar. Aku menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat.

Namun sejak akhir-akhir ini, kulihat Anwar agak berlainan. Dari bisik-bisik di kaki lima, dari bisik-bisik seputar teman-teman, ramai antara mereka berkata, “Mengapa Anwar nampak gelojoh?”

Sejak Anwar Ibrahim memenangi kerusi parlimen Parmatang Pauh, rakan-rakan dan saudara mara aku (golongan ustaz dan bukan-ustaz) sudah agak keliru dengan beberapa tindakan Anwar. Sehinggakan ada yang bertanya, “Adakah Anwar mabuk kuasa untuk menjadi perdana menteri?”

Memang pedih telinga aku mendengarnya. Namun begitu, bisik-bisik tersebut sukar untuk aku tepis. Pastinya ada juga lintasan minda aku, begini, “Apa mahu jadi dengan Malaysia? Apakah Anwar Ibrahim masih kekal seperti mana yang aku kenali dahulu?”

Aku sayangkan Malaysia. Aku sayangkan Islam dan PAS. Justeru kerana sayangkan Islam, aku sangat berharap pemimpin PAS pandai bersilat di medan politik mutakhir ini. Bak kata teman, “PAS perlu dahulukan Islam dari politik pemerintahan. Kekalkan fikrah perjuangan sebagaimana Ikwan Muslimin terus memacu Islam demi perjuangan mereka.” Jangan gadaikan prinsip Islam demi survival politik sempit. Aku sangat percaya, jika PAS kekal dengan prinsip Islam, parti Islam ini akan berjaya. Parti ini akan dihormati kawan dan lawan. Pastinya Allah akan menurunkan bantuanNya.

Apa kaitan dengan Anwar Ibrahim? Kaitannya ialah, Anwar bersahabat dengan PAS secara rapat sejak era Reformasi 1998 dahulu. Pemimpin, ahli dan penyokong/pengundi PAS memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar sejak itu.

Mahu diakui atau tidak, justeru dengan sokongan dan gerak kerja pemuda dan penyokong PAS, PKR memenangi banyak kerusi parlimen dan DUN di PRU12 yang lalu. Begitu juga, pilihanraya kecil parlimen Parmatang Pauh. Gerakan jihad yang dilaksanakan oleh pemuda/penyokong PAS, tanpa mengharapkan habuan wang ringgit, berjaya membuahkan hasil yang lumayan. Fakta ini jangan dilupa, sahabat.

Dalam kebimbangan dek beberapa peristiwa yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, aku tetap menaruh harapan tinggi kepada tokoh ini bagi membawa Malaysia baru. Aku sangat berharap, tokoh ini mengotakan apa yang dikata. Dan yang terpenting Anwar tidak gadaikan Islam demi politik. Jika anwar lupa rakan-rakan dalam PAS, mengikut perkiraan aku, PKR dan Anwar akan tinggal sejarah, yang tidak enak tentunya.

Aku sayangkan Islam, Malaysia dan Anwar Ibrahim.

3 comments:

Faizah Roslaini said...

Salam.

Dari orang yang dah lama tak pergi usrah/perjumpaan PAS.

Mungkin saya terlalu banyak membaca website tertentu, justeru pandangan saya, kita harus lebih berhati2 dgn Anwar. Hubungannya dgn Amerika menimbulkan keraguan kpd saya.

Maaf. Sekadar pandangan.

Anonymous said...

::

Salam dan maaf dipohon.

Tulisan saya terkeluar daripada topic yang di atas. Walaubagaimanapun izinkan saya gunakan landasan blog ini untuk menyampaikan luahan hati rakyat.

Harapan saya agar segala luahan hati rakyat di sini akan menjadi pemangkin semangat dan penggerak tindakan kepada wakil-wakil rakyat yang telah kita amanahkan untuk menjalankan kewajipan mereka sebaik mungkin.

Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin telah kita lakukan. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan dan mengharmonikan kehidupan berkeluarga telah dan sedang kita laksanakan. Tanggungjawab kita untuk bekerja mencari nafkah menyara keluarga sedang kita tunaikan. Tanggungjawab kita untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat sentiasa kita utamakan.

Sekarang adalah masa kita menyemak dan menegur wakil rakyat-wakil rakyat yang telah kita semua pilih untuk mengangkat martabat agama, bangsa, negara dan warisan kita seluruhnya.

Seruan saya kepada ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor khusus, sila beri perhatian kepada www.kerajaanrakyat.com , kerana jika kalian gagal dalam menjalankan amanah yang telah rakyat sandarkan kepada kalian, kami akan bangkit menentang kemungkaran kalian.

Salam takzim
http://kerajaanrakyat.com/

::

Anonymous said...

Assalamualaikum sdr Faizah & K'an Rakyat.

Sdr KR, komen sdr bernas & memang itulah hak kita sebagai rakyat. Jika kerajaan, ADUN & MP PR tidak menjalankan tugas sepertimana yang kita harapkan, mereka akan dihukum.

Ingat semua, jika anda tidak menyukai apa yang telah BN lakukan, jangan ikut langkah-langkah BN dalam semua urusan. Ingat perjuangan PAS, hanya ISLAM yang mesti diutamakan.


Photobucket
top