Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buah-buah yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.

Tidak wajar sesebuah buku diharamkan melainkan terbukti mengancam keselamatan negara (tafsiran yang betul) atau jelas tanpa syak ia bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Kita patut mengizinkan kepelbagaian tafsiran dan pemikiran hidup dalam negara ini secara sihat, selagi ia tidak menghina Allah dan RasulNya. Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut “boleh mengelirukan orang ramai” lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah. Itu membawa kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden.


Contohnya paling terbaru KDN mengharamkan buku “Pelik Tapi Benar Dalam Solat” yang dikeluarkan oleh Telaga Biru. Setelah saya membaca buku tersebut, saya tidak dapati adanya perkara yang bercanggah dengan al-Quran atau al-Sunnah. Bahkan penulisnya mengemukakan alasan-alasan ilmu yang dipegangnya.”
Rencana penuh di sini:

Artikel berkaitan: KDN haramkan buku terbitan Sisters In Islam dan Where's God?

1 comments:

liya71 said...

owhhh baru saya tahu, kdn dah haramkan buku ni, saya sempat baca buku ni kat popular haritu dan tergerak nak beli, tapi bertangguh...

top