Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Penahanan YB Teresa Kok di bawah akta ISA saya tidak suka. Teresa mungkin bersalah mempersoalkan alunan azan di Puchong (itu pun jika benar beliau berbuat demikian) dan ura-ura beliau untuk membuang tulisan Jawi di papan tanda jalan. Namun begitu alasan penahanan beliau tidak boleh dihalalkan.

Secara peribadi saya memang marah dan tidak menyenangi ura-ura Teresa berkenaan tulisan Jawi. Bagi saya tindakan Teresa tidak matang dan kebudak-budakan. Saya kira, banyak lagi isu atau perkara yang perlu Teresa perjuangkan. Terlalu banyak hal-hal yang mesti diselesaikan di Malaysia, khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

Berkenaan tulisan Jawi di papan tanda jalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, DBKL hanya akan meluluskan penggunaan bahasa kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.

Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusup dipetik Bernama sebagai berkata, “Sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang “terlarang”, DBKL akan menurunkannya dengan segera.”

“Orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang boleh melakukannya.”

Salleh berkata beberapa papan tanda nama jalan bertulisan Jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu ia tidak diturunkan.

Mengikut hemat saya, DBKL bertindak betul kali ini.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Selangor akan menyediakan bantuan guaman sebagai usaha untuk membebaskan anggota exconya, Teresa Kok yang ditahan mengikut ISA.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri juga akan mendapatkan nasihat daripada Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri berhubung perkara itu.

Abdul Khalid Saamd, MP Shah Alam, berkata beliau dan semua anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor kesal dengan penahanan Teresa Kok itu yang didakwanya tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Sekali lagi, saya tidak bersetuju tindakan Teresa, jika benar beliau melakukan hal tersebut, tetapi saya juga TIDAK MENYUKAI BELIAU DITAHAN DI BAWAH ISA. Itu bukan caranya.

Saudara, satu komen menarik saya petik dalam blog Teresa Kok:

YB, what about this issue about Jawi writing? Any update? Jawi should be preserved as a cultural icon. We should have more Jawi writings, one way is to use it on sign boards. Why throw them away?


I am by the way, Chinese. I do read Jawi, not a good reader, but i do know how to read, albeit a slow reader. Nonetheless, Jawi should be encouraged, not discouraged. (--Tim)

4 comments:

rmj said...

Kadang kadang sesaorang itu terbawa bawa sikap/perasaan ego hasil, pendidikan yg.sudah sebati dengan dirinya,.

Apatah lagi bila sudah dapat kuasa,,contohnya dalam meraikan kemenagan tempoh hari,die membakar Babi di tempat terbuka.

Perkara itu memang pada dasar nya tidak salah,kerana itu makanan mereka.

Tapi die lupa di Negara kita perbuatan seperti itu tidak dapat di terima oleh setengah setangah pihak yg.terdiri dari berbagai bangsa,adat dan Agama.

Begitu juga berkaitan Tulisan Jawi,rasa nya tidak mencacatkan apa apa jika di tulis pada papan tanda,.

Tambahan pula Pelancong Arab banyak datang ke Negara kita.

Tapi entah apa yg.bole menyakitkan mata atau pandagan dan yang ada dalam fikiranya,die sanggup menentang serta mengubahnya.

Begitu juga dengan Azan yg.sudah berkumandang sekian lama,mengapa tiba tiba sekarang die cuba mengubahnya.

Maka pada saya die harus menerima,akibat daripada nya.

Anonymous said...

u bodoh ah...guna bahasa cina dalam papan jalan senang difahami oleh pelancong cina...u tak tahu pelancong cina meliputi peratusan yang sangat tinggi dalam jumlah penlacong ke malaysia...bodoh pun

Anonymous said...

kalau pakatan rakyat memerintah habis tulisan jawi dihapuskan dari semua papan tanda dalam negara kita diganti dengan tulisan cina.

suara azan pun akan dibuat macam singapura. tak boleh kuat sedangkan seruan azan itu menyeru umat islam bersembahyang.

aku setuju dia ditahan dalam ISA. semoga dia insaf. dan yang lain2 juga patut insaf.

teruskan pak lah. ramai yang sokong.

kalau dah cina tu cina juga. lu yang bodoh. tak sedar diri.

Anonymous said...

teresa seorg MP,bukan pembakar babi,so jgn kata dia membakar babi di tempat terbuka.lain kali kalau tak tau asal usul sesuatu perkara baik jgn comment,ini hanya akan menjatuhkan level anda di mata dunia saja,malu tau!!


Photobucket
top