Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket

Tidak dinafikan bahawa konsep desain kulit depan keempat-empat novel ini hampir sama. Siapa yang mulakan dahulu? Adakah wujud unsur menjiplak idea di sini?

16 comments:

faizul darius said...

hanya novel salju sakinah sahaja yang tiada dalam simpanan saya.

azieazah said...

Hmmm... kalu dikira cover yg sebegini menjurus "ciplak" mungkin tidak adil...

Jika semua guna bunga Ros? contohnya... adakah ciplak juga?

atau lelaki dan wanita di pantai? idea yg tidak terbatas, kadang2 tidak terjangka menyamai kreativiti pereka2 lain...

kebetulan yang tidak mengelirukan, masih boleh diterima, saya rasa....

Web Sutera said...

Sdr Faizul,

Saya pun masih belum dapatkan Salju Sakinah. Mengapa?

Sdr Aziezah,

Ermm...

zalisa maz said...

Hampir sama tapi tetap ada keistimewaan masing2. Mata wanita mmg memikat :D

Web Sutera said...

Sdr Zalisa,

Memang mata wanita memikat, ermm

Si Pekan said...

Salam,

Saya fikir mungkin 'cover' muka depannya sama kerana diterbitkan oleh
syarikat penerbitan yang sama iaitu Alaf 21 Sdn. Bhd.

Seingat saya 'team graphics' syarikat penerbitan buku seperti Alaf 21 mempunyai pereka 'graphics' yang sedikit jadi ideanya selalu diambil daripada yang sudah-sudah atau 'template'. Jimat kos dan masa. Lagipun, perempuan yg berimej memakai tudung yang hanya menampakkan mata bersesuaian dengan jalan ceritanya di negara arab.

Bagus sekali dapat bertemu 'blogger' yang juga suka membaca buku. Salahlah anggapan atau persepsi ramai yang kononnya orang melayu/malaysia tidak suka membaca.

Bagaimana mahu suka membaca jika kebanyakkan buku yang dikeluarkan oleh penerbit di Malaysia sebelum ini agak menjemukan seperti menonton drama di televisyen yang skripnya begitu membodohkan minda?

Bulan lepas baru saya mula membaca kembali novel berbahasa melayu apabila ternampak novel Ayat Ayat Cinta - sungguh bagus! Kemudian saya membaca pula buku oleh sasterawan negara Shahnon Ahmad - Ranjau Sepanjang Jalan.

Saya tidak pasti genre atau topik apa yang menjadi kesukaan saudara, tetapi saya ingin mencadangkan kepada saudara supaya membaca dan membeli buku di bawah ini sebagai koleksi;

1) The Malays: Their Problems And Future by Syed Husin Ali

2) The Synagogue of Satan by ANDREW CARRINGTON HITCHCOCK

3) The Post-American World by Fareed Zakaria

salam perkenalan,

Si Pekan

Web Sutera said...

Sdr Si Pekan,

Terima kasih atas kunjungan & maklum balas mengenai cover buku2 tersebut. Ya cadangan buku yang baik. Saya akan cuba dapatkan.

Till then,
Cheers!

RMN said...

Mungkin ini dikatakan trend! sudut yang menarik untuk dibincangkan. Maaf lama tidak berkunjung.

Web Sutera said...

Sdr RMN,

Trend kah? Saya pun tidak pasti. Tapi elok sahaja desain tersebut.

Arif said...

Jika dilihat dari sudut penulisan, idea tidak dilindungi. Sebaliknya yang dilindungi adalah penzahiran idea tersebut.

Dalam kes ini, ideanya adalah imej mata wanita. Namun, penzahiran ideanya tidak sama. Cover-cover tersebut boleh dikatakan serupa tapi tak sama.

Cuma dalam kes cover ini, sekiranya idea yang sama diulang-ulang mungkin akan menimbulkan rasa bosan di kalangan pemerhati.

Web Sutera said...

Sdr Arif,

Terasa pernah ku dengar komentar seumpama ini, di manakah?

"sekiranya idea yang sama diulang-ulang mungkin akan menimbulkan rasa bosan di kalangan pemerhati."; saya amat setuju. Juga benar jika jalan ceritanya hampir sama.

Zaid Akhtar said...

Salam.

Sebenarnya banyak lagi novel-novel Islami di Indonesia yang menggunakan imej mata. Novel kenalan baik saya Akhi Dirman al-Amin juga menggunakan ilustrasi berkonsep demikian.

Sambil menyusun buku-buku di rak, saya baru perasan, novel Dan Brown, The Da Vinci Code juga seperti menggunakan teknik yang sama. :-)

Arif said...

Tuan Web,

Saya merujuk kepada ilmu yang disampaikan oleh Puan Ainon berkenaan hakcipta dalam penulisan.

Idea dalam penulisan tidak dilindungi tetapi bagaimana idea itu disampaikan yang dilindungi.

Jadi sekiranya konsep ini boleh digunapakai dalam isu cover ini, maka bagi saya isu ciplak itu tidak timbul.

Web Sutera said...

Sdr Zaid Akhtar,

Betul, betul, Da Vinci Code pun desain cover gambar mata juga. Hehehe.

Sdr Arif, benar, saya pun masih teringat ilmu Puan Ainon sampaikan. Sebab itu saya katakan "Terasa pernah ku dengar komentar seumpama ini."

Terima kasih sahabat atas komen saudara berdua.

KHAYR said...

maaf ler kalau saya katakan ini pengeksploitasian di luar sedar, sebenarnya kecantikan seluruh wanita tu boleh dilihat pada matanya! Tambah lah lagi kalau mata itu bercelak, kening dinipiskan... satu lagi ketidakadilan hanya yang berkulit putih mulus saja ditampilkan, tak ada pula yang berkulit gelap,

Mungkin sudah tiba masanya para novelis islami ini dan para penerbit mereka keluar sekejap dari kepompong yang terlalu sempurna ini dan menulislah di dalam kerangka realiti...

saya dah baca semua novel ni, sama saja kesimpulannya...CINTA!

WS, blog awak bagus... nanti saya datang lagi, insya Allah.

Web Sutera said...

Assalamualaikum sdr Khayr,

Ada benarnya apa yang sdr katakan. Erm, elok untuk difikirkan.

top