Pertama sekali, saya berpendapat kita patut meraikan kehadiran novel-novel sejarah sebegini dalam persada sastera tanah air kita. Novel sejarah memang amat kurang dalam pasaran, terutamanya untuk bacaan golongan dewasa dan professional. Jadi novel Si Bongkok Tanjung Puteri seharusnya dialu-alukan oleh kita semua.
Paling ketara novel ini berlainan ialah kerana dialog-dialognya yang banyak, kurang penerangan sampingan bagi setiap plot. Tambahan pula setiap plot dan sub-plot disusun pendek tetapi padat.
Walaupaun amat kurang penerangan tambahan bagi suasana dan setiap persekitaran yang wujud dalam plot, namun melalui dialog-dialog yang dipaparkan kita dapat melihat dan merasai sesuatu lokasi tersebut. Saya berkata begitu kerana dialog yang disediakan oleh saudara Abdul Latip Talib mantap dan mempunyai unsur penerangan tersendiri.
Kepada khalayak yang tidak cenderung untuk membaca buku-buku sejarah berbentuk ilmiah, novel sejarah seperti Si Bongkok Tanjung Puteri merupakan alternatif terbaik bagi menjejaki perjuangan bangsa dalam memerangi penjajah.
Tidak dinafikan bahawa penjajah Inggeris memainkan peranan penting bagi lebih mengeruhkan pergolakan politik dalam pentadbiran kerajaan Johor ketika itu. Niat jahat pihak Inggeris, seperti yang digambarkan dalam novel ini, ibarat menangguk di air keruh. Bukannya menyelesaikan perselisihan, malah mencurahkan minyak ke bara api. Saya kasihan dengan nasib Panglima Putih yang disebabkan peranan Inggeris, sanggup membunuh abangnya Si Bongkok. Pastinya perjuangan Si Bongkok ikhlas bagi membebaskan bangsanya dari dibelenggu Inggeris.
Cumanya komen ikhlas saya ialah kalau dapat dikurangkan harganya. Kalau harga dapat dikurangkan, mengikut hemat saya, novel ini akan lebih memujuk untuk dibeli oleh pembaca, terutamanya khalayak yang kurang meminati novel sejarah. Bukankah khalayak tersebut yang terbesar yang semestinya difokuskan oleh pihak PTS dalam merangka strategi penjualan?
Walau apapun, tahniah dari saya untuk penulis!

4 comments:
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana membuat ulasan setelah membaca novel Si Bongkok Tanjung Puteri.
Setelah sesebuah novel itu diterbitkan ianya menjadi hak pembaca untuk menilainya sama ada baik atau sebaliknya. Pengarang tak boleh marah-marah. hehe.
Apapun saya amat berterima kasih dengan ulasan saudara. Ia memberi peransang dan keyakinan kepada saya untuk meneruskan usaha ini.
Saya mohon izin untuk menyiarkan ulasan ini dalam blog saya. Mohon izin juga nak link blog saudara.
Terima kasih.
Saudara Web Sutera,
Kalau tak keberatan, boleh berikan alamat saudara?. Saya nak kirim kad ucap selamat hari raya.
Syukur kehadrat Illahi yang memberikan kekuatan kepada penulisnya untuk membongkar kembali sejarah anak bangsa.
TAHNIAH kerana inilah sejarah yang ditulis mengikut 'kaca mata' anak bangsa sendiri !.
Abang Latip, saya izinkan.
Abang Long, terima kasih atas komen. Ya, memang benar, sejarah dari kaca mata anak bangsa sendiri.
Post a Comment