Bagi saya, antara ciri sebuah novel yang baik ialah pembacanya membaca dengan asyik dan tidak melangkau, walaupun mungkin tidak berniat untuk dihabiskan dalam masa beberapa jam sahaja. Ciri novel yang baik juga boleh mengajak pembaca menghayati fenomena dan panorama yang diwujudkan dalam plot-plotnya. Tidak kurang juga sebuah novel yang baik boleh membuatkan pembacanya mengenali sedikit sebanyak budaya sesebuah kehidupan, sama ada murni atau sebaliknya.
Saya baru selesai membaca novel Hatiku di Harajuku oleh Ramlee Awang Murshid. Saya membelinya lebih kurang setahun yang lalu, tetapi baru membacanya.
Saya senang dengan novel ini; plot-plot yang pendek dan mendebarkan, banyak aksi, banyak teladan dan saya boleh mengenali budaya samseng Jepun melalui watak-watak dan kejadian yang berlaku di persekitaran kegiatan kumpulan Yakuza, juga budaya samurai.
Sebelum saya membaca novel ini, bertahun dahulu saya telah membaca sebuah novel bahasa Inggeris bertajuk “Cloud of Sparrows”. Mengapa saya menyukai Cloud of Sparrows? Pertamanya kerana penulisnya orang Jepun, Takashi Matsuoka, keduanya kerana ceritanya berkisar di Jepun.
Novel Cloud of Sparrows penuh dengan budaya dan perkelahian cara samurai, berperang menggunakan kuda dan pedang, tipu helah ninja, pandangan orang Jepun terhadap orang Inggeris, dan pertentangan budaya antara dua peradaban; Jepun dan Inggeris atau barat. Novel ini mempunyai sekuel, bertajuk “Autumn Bridge” yang masih cantik melepak dalam rak buku saya!
Sebagai panduan asas, saya memang mencari novel-novel bahasa Inggeris yang ditulis penulis tempatan dan Asia. Juga novel yang menumpukan jalan cerita dan budaya orang-orang Asia. Lantaran itu dalam koleksi saya ada novel-novel yang ditulis oleh Takashi Matsuoka, Douglas Chua, Khoo Kheng-Hor,Tunku Halim dan James Clavell.
Okey, berbalik kepada Hatiku di Harajuku. Novel ini membuatkan saya menyelongkar rak buku saya, dan menjumpai sebuah buku bertajuk Konspirasi Jepun yang dikarang oleh Marvin J. Wolf. Sudah lebih kurang 13 tahun buku ini terperap di rak buku, namun tidak tergerak untuk membacanya. Buku Konspirasi Jepun versi Bahasa Melayu ini diterbitkan oleh Yayasan Penataran Ilmu, tahun 1989, dan diterjemahkan dari versi asal bahasa Inggeris oleh Mansor Ahmad Saman. Saya sedang membacanya selepas novel Hatiku di Harajuku.

0 comments:
Post a Comment