Di tengah istana tegap dia berdiri, menyeru rintih dunia yang sepi, tiada insan yang sanggup lagi... berpaling diri yang terus merugi, serta dendam yang berapi-api.
“Oleh itu anak-anakku, curilah dia satu demi satu akan wajah yang tertipu, helahnya terselindung di balik waktu, dunia samar jadi saksiku.” – Lembaran dari Kitab Hitam
“Kita tidak akan selamanya kalah dan mereka tidak akan selamanya menang.” – Laksamana
Catatan di atas merupakan faktor penarik pertama dan utama mengapa saya menyukai novel ini. Seperti mana novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu oleh Ramlee Awang Murshid, Rahsia Agenda Alam Hitam oleh Zehann Ur Rakhie menumpukan kepada pertarungan puak-puak iblis dan syaitan dengan mujahid Islam.
Sukar benar mencari fiksyen sebegini dalam Bahasa Melayu. Terasa mahu mengikut jejak, namun minda tidak berdaya, jari jemari terasa kaku…
* Deraian air mata ini, buat penyimbah panas neraka.
0 comments:
Post a Comment