Dalam koleksi buku peribadi saya, hampir 85 peratus adalah buku-buku berbahasa Inggeris; sebahagian besar buku berkaitan internet/teknologi dan fiksyen. Semua fiksyen Inggeris pula berkaitan dengan teknologi atau apa yang dikategorikan sebagai hi-tech thriller. Kategori lain ialah buku-buku yang berkaitan sejarah, novel sejarah (historical saga) dan sains fiksyen.
Mengapa saya suka membaca buku dan fiksyen bahasa Inggeris? Tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca buku-buku berbahasa Inggeris, saya dapat menambah kosa kata bahasa itu dan dapat memperbaiki tatabahasanya. Sebagai anak kampung dari Terengganu, saya bercakap di rumah dalam bahasa Melayu dialek Kelantan. Saya cukup lemah dalam bahasa Inggeris. Lantaran dengan niat untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris, saya mulakan langkah – perlahan-lahan dan bertatih.
Bermula dari sekolah menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) dan seterusnya ke universiti, saya mula membeli fiksyen bahasa Inggeris. Pada mulanya saya kerap merujuk kamus untuk mencari makna bagi hampir sebahagian besar perkataan pada setiap halaman. Kini, tidak lagi, walaupun kadang-kadang masih lagi menyemak kamus apabila menemui perkataan-perkataan baru yang masih belum difahami.
Jangan salah faham, saya tetap menyintai Bahasa Melayu.
Novel yang saya sedang baca ialah Bagaikan Puteri oleh Ramlee Awang Murshid (saya beli buku ini pada tahun 2005!) dan Underworld oleh Don DeLillo. Saya baru selesai baca novel Islami, Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dan Turina oleh SN Arena Wati.
2 comments:
assalamu`alaikum
saya baru bertemu blog saudara/i?
saya menyetujui pendapat tentang novel tautan hati, bagi saya terlampau meleret dan terlampau byk pula selingan agama yang hampir2 menjadikan buku tersebut seperti kitab agama. byk pula adegan & plot2 yg sangat tidak logik.
sukar untuk saya katakan novel ini baik. jauh benar rencah dgn novel tulisan Habiburrahman El Shirazy. Dlm bahasa sederhana, masih dapat menawan hati tentang Islam
Alaikumsalam sdr Mardiah12 & terima kasih atas komen. Ermm, saya pun bersetuju. Namun, saya sudah habis baca walaupun terpaksa melompat-lompat utk habiskannya.
Post a Comment