Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Perisian Masa Depan?

Bahagian 1

Pengembangan dalam saiz perisian dan tahap kompleksnya sudah mengatasi kemajuan dalam kelajuan perkakasan komputer dan kepadatan storan. Perkembangan berganda yang dapat dikekalkan oleh perkakasan dengan perubahan bagi setiap 12 ke 18 bulan sejak tahun 1960 kelihatannya tidak dapat mengatasi aplikasi atau perisian yang memerlukan 0.5 megabait (Mbait) RAM pada 15 tahun lepas dan sekarang perlukan melebihi 16 Mbait.

Juga tidak kita lupa tentang fakta cip Power PC yang berkelajuan lebih perlahan dari cip 386 tidak berapa lama dahulu. Apa yang terjadi? Adakah industri perisian sudah hilang kawalan? Adakah ia akan berterusan dan menggunakan sepenuhnya peningkatan perkakasan di masa depan, tidak menghiraukan pengoptimuman, dan menyediakan fasiliti lebih kompleks dan tidak dikehendaki yang dibenamkan dalam banyak lagi barisan kod?

... bersambung

0 comments:

top