Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Ciri Keselamatan Umum

Mengikut pendapat media dan yang berlegar di kalangan pengguna Internet, dua ciri bahaya Internet yang paling utama ialah bahan-bahan lucah dan isu keselamatan. Kedua-dua isu ini dicanang sedemikian rupa sehinggakan ianya menjadi halangan utama kepada mana-mana pihak yang ingin menceburi perniagaan barasaskan Internet atau yang menggunakan kemudahan Internet sebagai saluran pemasaran dan jualan utama, dan seterusnya menceburi sepenuhnya konsep e-dagang.

Sedangkan kita tidak menyedari bahawa bahan-bahan lucah yang berupa CD, VCD dan majalah serta buku lebih banyak menyediakan kandungan yang lebih menarik kepada pencarinya! Dan kita tidak boleh nafikan bahawa medium Internet sekarang ini jauh lebih selamat dari urusan fizikal yang kita laksanakan seharian. Juga memang benar ianya tertakluk kepada beberapa langkah keselamatan yang mesti kita ambil dan jangan kita menjadi terlalu naïf dan bodoh.

Memang wujud laman web yang selamat untuk dilayari oleh kanak-kanak dan menyediakan perlindungan sebaik mungkin dari bahan-bahan dan pihak yang tidak diperlukan. Secara umum, perlindungan ini jauh lebih berkesan daripada apa yang disediakan dalam surat khabar, pita audio dan video, radio, dan televisyen.

Bagi isu keselamatan urusniaga pula, memang dewasa ini urusan dalam Internet lebih selamat dengan adanya pelbagai perisian dan kemudahan ciri keselamatan yang disediakan oleh laman-laman web terbabit. Sedarkah kita bahawa aktiviti pemalsuan dan kegiatan jahat dengan menggunakan kad kredit dalam Internet lebih selamat jika dibandingkan dengan pemalsuan wang kertas dan cek dalam dunia nyata?

Bagi kebanyakan orang, pembelian melalui telefon atau Internet dengan memberikan nombor kad kredit kepada kakitangan yang bertugas adalah berisiko tinggi dan sangat tidak selamat. Kenapa? Kerana mereka telah diberitahu sedemikian rupa.

Tetapi orang yang sama membeli minyak, makanan, dan barangan lain dari kedai atau pasar besar dan memberikan kad-kad plastik untuk dimasukkan ke dalam mesin pembaca kad, yang mana salinan dibuat kepada pekedai, meminta tandatangan tuanpunya dan menyimpan slip kad tersebut tanpa ragu-ragu. Tidakkah kita terfikir bahawa cara ini juga memungkinkan kad kita boleh disalahgunakan?

Jangan lupa mengenai aktiviti pengeluarkan tunai melalui mesin ATM, di mana ada orang berdiri berdekatan di belakang kita dapat memerhati dan membaca nombor PIN yang kita masukkan. Pastinya semua itu menjadi elemen penting untuk proses kecurian. Mengapa kita selalu menyalahkan Internet bila sahaja bercerita mengenai isu keselamatan urus niaga, padahal dalam masa yang sama ciri keselamatan yang lain tidak diendahkan.

Kebanyakan kegagalan keselamatan boleh dikesan balik melalui kesilapan, rasuah dan korupsi manusia. Memang benar bahawa kecurian elektronik meningkat, tetapi ianya juga benar berlakunya kecurian keseluruhan mesin, seperti rompakan mesin ATM, rompakan semasa wang dipindahkan, pencabulan pejabat, rekod dan surat kertas.

Jadi aspek bagaimana bahawa e-dunia (dunia Internet) berbeza? Boleh dikatakan dari sudut skala dan keadaan yang tidak dapat dilihat. E-kerja sekarang ini mendominasi dunia membangun, dan jenayah secara umumnya ikut serta membangun. Justeru itu, kita sepatutnya mengambil langkah penuh berhemah, bukannya ditakuti dengan cerita-cerita pihak yang kurang berpengetahuan. Siapa sanggup membiarkan pintu rumah terbuka tanpa dikunci bila kita keluar? Ini juga benar bahawa kita tidak boleh membiarkan komputer kita terbuka kepada serangan atau kecurian melalui kelalaian kita tanpa menggunakan ciri keselamatan capaian yang sepatutnya.

Keseluruhan sistem perundangan berdiri dan jatuh dengan pen dan dakwat, tandatangan manusia tertakluk kepada undang-undang. Ia mudah untuk ditiru. Wang kertas, emas, dan perak mudah dicuri, tetapi perlukan tindakan fizikal yang boleh dilihat. Berbeza pula dengan e-jenayah yang boleh dikategorikan dalam dimensi baru bagi capaian, skala dan bersifat tanpa nama atau tanpa muka. Justeru kita mesti berhati-hati.

Sudah pasti kita boleh mengurangkan kemungkinan e-jenayah dengan mengambil langkah balas, seperti dengan kerap menukar kata laluan dan jujukan kod, tetapi ini boleh menjadi semakin mahal dan tidak sesuai. Secara peribadi saya menyukai kaedah berkos rendah dan perlindungan mudah, tetapi berkesan. Ianya termasuk memutuskan rangkaian komputer (Internet atau rangkaian dalaman) bila tidak aktif, enkripsi mudah, kata laluan, dan penguncian fail-fail penting. Namun paling mudah, saya bergantung kepada gerak hati dengan tindakan cerdik.

0 comments:


Photobucket
top