Anak kucing mengheret badan
Pagi ini semasa aku menghantar anak-anak ke tadika di Ampang Hilir, aku tertoleh kepada seekor anak kucing sedang mengheret badannya. Ya Allah hati aku tersentuh dan terasa pilu. Badan anak kucing tersebut patah separuh badan atau lumpuh. Kukira anak kucing itu dilanggar motosikal. Terasa mahu menangis.
Ya Allah selamatkanlah anak kucing itu, kalau perlu diambil nyawanya lekas, lakukanlah ya Tuhan, demi kebaikannya, supaya ia tidak terus menderita. Aku tidak sanggup untuk melihat anak kucing itu buat kali kedua.
0 comments:
Post a Comment