Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.


Antara Papan Batu dan Laman Web

Bahagian 3

Penggunaan komputer membolehkan maklumat disimpan dalam disket (atau cakera liut), cakera keras, pita magnet, CD-ROM, CDR, ‘thumb drive’, ‘flash memory’, dan sebagainya. Peranti storan terkini boleh menyimpan pelbagai maklumat multimedia yang mengandungi teks, grafik, bunyi, dan sebagainya pada kepadatan tinggi.

Selain daripada faktor ekonomi, dua lagi pemangkin yang terus mengembangkan penggunaan peranti storan simpanan termaju ialah kandungan multimedia dan peratusan komputer peribadi serta komputer riba yang dilengkapi dengan pemacu atau pot bagi setiap peranti. Perkembangan lain ialah setiap pengeluar komputer sekarang ini sedang membangunkan perisian aplikasi multimedia bagi memenuhi keperluan, dengan pendekatan penggunaan audio-video (AV) interaktif terhadap bidang aplikasi latihan, pendidikan, dan ‘point-on-sale’.


Dalam masa yang sama, semua pengeluar komputer telah memilih CD-ROM sebagai medium pilihan bagi mengedarkan perisian dan manual teknikal. Pengeluar komputer melihat bahawa media CD-ROM sebagai satu pendekatan untuk mengurangkan kos penyebaran maklumat dalaman dan menembusi pasaran baru secara serentak.


Penyimpanan dan penyebaran maklumat dalam bentuk buku, disket, cakera keras, pita optik, CD-ROM dan lain-lain tetap tidak dapat menampung kandungan maklumat. Tambahan pula, media berkenaan akan menjadi mahal apabila kita menyimpan dalam jumlah yang banyak. Dengan maklumat yang sentiasa bertukar dan munculnya banyak idea baru, media-media tersebut tidak lagi praktikal dalam membawa badan maklumat yang silih berganti.


Keadaan sedemikian tidak memungkinkan semua orang boleh memiliki maklumat yang dikehendaki. Tidak semua pengguna boleh memperolehi maklumat yang mahal, dan dalam masa yang sama tidak semua orang yang memiliki maklumat tersebut boleh berkongsi dengan pihak lain kerana mungkin disebabkan oleh faktor jarak dan masa.


... bersambung


Pautan ke bahagian 1
Pautan ke bahagian 2

0 comments:


Photobucket
top