Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Dunia Perbukuan Masih Belum Bersedia Untuk E-Buku

Beberapa tahun dahulu, semasa syarikat dot.com belum runtuh, ramai pihak menyatakan bahawa masa itulah adalah masa terbaik bagi industri perbukuan cuba menghasilkan e-buku. Dan sekarang ini masih ada pihak yang terus mencanang idea menggantikan buku-buku fizikal dengan e-buku, terutamanya Microsoft dengan idea e- buku dalam komputer telapak.

Telah wujud laman web yang menyediakan karya sastera secara atas talian, dengan membaca menerusi skrin komputer. Ini adalah perkembangan yang baik. Namun e-buku menggantikan buku bercetak yang ada sekarang, saya rasa tidak. Industri dan pembaca masih tetap selesa dengan buku-buku yang boleh dilihat, dirasa dan dipegang. Dan saya kira ianya masih panjang lagi masanya bagi peminat buku untuk menerima konsep e-buku.

Konsep e-buku disediakan dalam beberapa cara, terutamanya dengan kaedah memuat turun kandungan buku ke dalam cakera keras PC anda dan secara menyimpan dalam komputer telapak atau peralatan PDA (personal digital assistance). Berapa ramai yang sanggup membaca buku di skin komputer peha (laptop atau notebook) bagi tempoh yang lama, katakan satu atau dua jam? Mata akan menjadi sakit, leher akan tergeliat, dan sudah pastinya komputer memakan kuasa (bateri atau arus elektrik). Kos peribadi akan meningkat.

Kita masih lagi menyukai untuk memegang buku tersebut dan dibawa ke mana-mana, hatta dalam tandas sekalipun, dan tetap akan begini untuk tempoh masa yang lama lagi. Buku bercetak lebih memujuk untuk pembeli memilikinya berbanding dengan e-buku.

3 comments:

rastom said...

saya setuju kalau dingin sambutan itu di negara kita yang bukan setakat e-buku saja yang tidak dibaca, buku yang hardcopy pun tak laku. di negara luar e-buku hangat juga sambutannya.

Web Sutera said...

Betul laa rastom saya setuju. Kat M'sia market kita lum betul2 sedia utk e-buku, kerana hard copy pun kurang laku. Berapa buah buku yg. orang kita baca setahun? Ada data?

rastom said...

puan ainon sebagai bizwomen ada simpan data tu....dia ada vision tu


Photobucket
top