Rasulullah (SAW) yang diumpamakan sebagai
al-Quran berjalan itu terlalu banyak tinggalkan panduan agar diamalkan oleh
setiap umat Islam, bahkan setiap manusia. Mengapa mencari acuan lain dalam
melestarikan ruang lingkup kehidupan, hatta sehingga memerintah sebuah tamadun
dan negara? Bukankah Baginda sudah ajarkan kita sejak al-Quran diturunkan Allah
dari Lauh Mahfuz? Baca, teliti dan tadabbur setiap kata dan pelakuan Rasulullah
(SAW), nescaya kita temui serantaian resipi berkhasiat sebagai minuman dan
makanan seharian.
Dalam ruang lingkup setiap inci sudut
kehidupan, resipi tinggalan Baginda diambil oleh para ulama sepanjang zaman,
malah orang-orang bukan Islam juga. Justeru mengapa kita biarkan ia berterabur
tanpa dicicip? Ayuh kita cicip bersama. Ayuh kita bermotivasi gaya Rasulullah
(SAW)! Ayuh kita lestarikan hidup dengan mengambil amanat Nabi Muhammad (SAW)!
Dalam buku 50 Sup
Champion Resipi Rasulullah (SAW), saya turut kongsikan beberapa bab atau
catatan mengenai kematian. Sungguh, mati itu pasti untuk setiap makhluk
bernyawa. Dengan kesedaran untuk berdakwah dan saling mengingat, saya bercerita
sesantai mungkin dalam persoalan amat penting ini.
Temui saya di booth
Must Read, insya-Allah, di sepanjang PBAKL 2013 ini. Mari bersama raikan majlis
ilmu walau di mana sahaja.
0 comments:
Post a Comment