Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Pertama sekali saya sangat teruja bila dapat tahu Tuan Web Sutera akan membukukan cerita Alexander ini. Sejujurnya saya mengenali karya Tuan Web Sutera di penulisan2u, itu pun atas 'hasutan' Shimah Basri supaya saya membacanya. Bila sudah baca, saya memang tertunggu-tunggu novelnya, sebab mahu tahu kesudahan.
Bila sudah keluar novelnya dan dibeli, banyak pula halangan hendak menghabiskan bacaan. Hari ini (19 November 2012) dengan rasminya saya menamatkan bacaan.
Komen ikhlas dari saya buat Tuan Web Sutera:

1) Karya tuan berjaya membawa jiwa saya ke dunia Alexander, merasai keteguhan iman Alexander, ketulusan hatinya sebagai pemerintah berjiwa rakyat. Ia membuatkan saya terfikir, kalaulah di zaman ini wujud pemerintah berjiwa 'Alexander'.

2) Kaitan dengan ayat al-Quran memang telah membuka mata hati saya yang selama ini pun tertanya-tanya, adakah Alexander itu Zulqarnain? Dengan membaca karya tuan, sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada saya siapa Alexander dan kenapa Yahudi menyembunyikan kebenaran mengenai Alexander.

3) Bila hampir menamatkan bacaan, tiba-tiba disebut watak Laksamana Sunan, dan ia menyebabkan saya tersenyum.

4) Kesimpulannya, rugilah sesiapa yang tak membaca karya tuan.

Terima kasih kepada Shimah Basri yang memperkenalkan saya dengan karya Tuan Web Sutera.

Pesanan khas buat Tuan Web Sutera, “Saya menanti karya terbaru tuan. Tidak boleh komen lebih-lebih, bimbang tuan tidak lena tidur pula.”

** Testimoni dari Puan Iza Balqis Ahmad di grup Buku Tiga Lima.

0 comments:


Photobucket
top