Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Tanggal 28 Februari 2010, sekitar jam 2.20 pagi, saya selesai membaca fiksyen bertajuk Numbered Account oleh Christopher Reich. Ia buku keempat penulis thriller ini yang saya baca. Buku ini selesai dibaca setelah hampir tiga bulan! Tentu saudara bertanya, mengapa lama sangat?

Di sini penjelasan saya. Pembacaan Numbered Account terhenti beberapa kali justeru kerana saya mulakan pembacaan buku lain. Bila buku lain dibaca ketika fiksyen ini masih belum selesai, pastinya saya akan tinggalkan sementara waktu. Buku baru dibaca tadi pula saya berhenti membacanya, dan mengambil buku baru seterusnya. Jadi Numbered Account terus terbelakang, cuma saya tidak tinggalkan terus.

Numbered Account bermula secara perlahan. (Itu mungkin antara sebab saya terhenti-henti membacanya, lantas menyambar buku lain.) Buku setebal 753 halaman ini menjadi semakin menarik dari bab ke bab. Pada suku terakhir, saya sukar untuk melepaskannya. Aksi dan plot menjadi semakin padat dan mendebarkan.

Itu mungkin antara kelebihan fiksyen thriller yang ditulis oleh penulis yang baik seumpama Christopher Reich ini. Jika boleh dibandingkan dengan novel thriller penulis-penulis tempatan dalam bahasa Melayu, maka saya nampak jelas perbezaannya. Sebahagian besar novel thriller bahasa Melayu menjadi semakin hambar dan mendatar di hujung cerita. Ini juga benar bagi beberapa hasil karya penulis kegemaran saya, saudara Ramlee Awang Murshid.

Ya, mungkin juga minda saya sudah terbiasa dengan hasil novel thriller bahasa Inggeris penulis Barat. Justeru itu, mungkin benak saya agak sukar menerima plot penceritaan thriller penulis Melayu kita. Atau penulis Melayu harus belajar gaya penceritaan dari mereka? Walaupun begitu, saya akan terus menyokong novel-novel thriller berbahasa Melayu.

Amazon.com Review
Through the eyes of Christopher Reich, dive into the corrupt world of international high finance. In his debut novel, Reich offers a realistic and gritty "day-in-the-life" perspective on working in the world's financial mecca. For Nick Neumann, an ex-marine turned Harvard MBA with a gorgeous fiancée and an elite position at Morgan Stanley, life is good--until his mother's untimely death opens old wounds and rehashes questions regarding his father's unsolved murder.

Nick wants the truth and is willing to sacrifice his career, love, and future for a crack at untangling the mystery surrounding his father's death. To do this, he takes a job at the prestigious United Swiss Bank, the venerable financial cornerstone of Geneva and his father's former employer.

Before he can begin his investigation, however, disturbing events come into play: One portfolio manager is dead, another had a "nervous breakdown," and his training manager is jumping ship to cast accounts with their staunch enemy. All of the managers have one thing in common: they each oversaw a multimillion-dollar numbered account owned by the mysterious Pasha.

If that isn't enough, the DEA steps in and orders Nick to serve up Pasha on a silver platter. Being the embodiment of American ideals, Nick takes matters into his own hands and is caught in a ruthless conspiracy that stretches around the world and into his personal life. Peppered with murder, revenge, and first-rate espionage, Numbered Account is a thinking person's thriller, a refreshing break from the old standbys.
Saya sudah lama membaca novel ini, seawal cetakan pertama lagi. Gaya penceritaan saudara Faisal Tehrani menarik dan indah, kadang-kadang bersahaja. Gaya hidup sarat hiburan terlarang sesungguhnya sekian lama melatari komuniti bandar kita.

Kerajaan pimpinan UMNO/BN terus menerus membiarkan gaya hedonis ini mekar subur. Malah selalunya menyediakan segala prasarana bagi ianya terus bercambah meracuni budaya.


Secara tidak langsung Faisal mengambil contoh program realiti TV Akademi Fantasia. Beliau menyinggung dengan ilmu. Tatkala program itu sedang hangat dan mekar sarat dengan budaya hedonis, novel ini muncul dalam pasaran. Indah dan asyik isinya. Pedas masakannya. Namun curahan idea ibarat air sejuk mangalir mencucur nurani.


Sinopsis
Advencer Si Peniup Ney

Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, berm
ewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!

40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi.


Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati. Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.


Karya ini secara sinis menempelak
gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.


Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan.


Judul: Advencer Si Peniup Ney

Pengarang: Faisal Tehrani

Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Cetakan Pertama: 2005

Mukasurat : 243 halaman

ISBN :9676117625

Berkaitan:
Majalah Mangga. Adakah ini yang saudara suka?
Wajah memang cun, tetapi amalkan budaya hedonis!!

Akademi Fantasia atau FANTASIAL?
Sempena program Hari Hiburan Islam 2010 di Kota Bahru Kelantan, satu tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih telah diadakan di Kelantan Trade Center pada 14 Februari lalu jam 9 malam.

Program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, Al-Quds Travel Sd
n Bhd dan Yayasan Amal Malaysia itu turut diisi dengan program Bicara Selebriti dengan topik perbincangan 'Selebriti sebagai ikon masyarakat' pada jam 2 petang di KB Mall.

Ia membariskan panelis yang terdiri daripada novelis Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih Habiburrahman el-Shirazy (foto), pengacara stesen tv swasta, Wardina Safiyyah dan Farah A
deeba.

Di bawah merupakan catatan pengalaman novelis Habiburrahman el-Shirazy selama berada di Kota Bahru, Kelantan. Amati luahan suara nubari beliau.
Ianya ditulis dalam bahasa Indonesia moden, tanpa diedit. Ambil contoh, insyaAllah.

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top