Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

7 Muharram 1432H - Tuan-tuan dan puan-puan peminat sukan bola sepak Malaysia pastinya tidak melupakan era gemilang negara dalam sukan ini. Di era tersebut, kita boleh membelasah Filipina dan Laos 10 gol tanpa balas. Pasukan gergasi bola sepak Asia kini, iaitu Korea Selatan, pun gerun bertemu pasukan Malaysia di waktu itu.

Kini Filipina, Laos, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia (sekadar menyebut beberapa contoh), tidak takut lagi bertemu Malaysia. Pasukan Filipina dan Laos yang menjadi belasahan negara kita dahulu tidak lagi demikian kini. Malah untuk menang dengan pasukan dari dua negara itu pun kita terkial-kial di tengah padang. Mengapa?

Buku Cemerlang dan Menang Cara Bola Sepak oleh saudara Shebby Singh dan Ahmad Fauzan Othman menggariskan kaedah dan tatacara membangunkan sebuah pasukan bola sepak. Ia juga sesuai bagi membina semula sebuah pasukan yang merudum sejak sekian lama. Walaupun mungkin tidak menyeluruh dan terperinci, tetapi masih boleh dijadikan panduan asas.

Dari perancangan strategi, pemilihan pemain, sehingga mengatur serangan dan memelihara momentum kemenangan menjadi isi penting dalam buku ini. Saya amat tertarik dengan contoh gaya permainan pasukan Korea Selatan dan Jepun dalam pengamalan seni bola sepak mereka. Penulis berjaya memberikan contoh yang boleh dianalisa oleh para jurulatih mana-mana pasukan bola sepak.

Walaupun saudara Shebby Singh tidak sehebat nama Mokhtar Dahari, James Wong, Santokh Singh, R. Arumugam dan ramai lagi pemain di era keemasan bola sepak negara, namun bentangan mencari formula kecermelangan sebuah pasukan dalam buku ini boleh diaplikasikan.

Pastinya menjadi jurulatih merupakan satu tugas yang amat berlainan dari pemain. Untuk sudut ini, Shebby Singh pernah dikritik tidak berapa berjaya dalam sesetengah misi beliau membangunkan pasukan. Namun begitu saranan dan ujana beliau masih releven dalam buku Cemerlang dan Menang Cara Bola Sepak ini.

Ok, cukup untuk resensi ringkas ini. Sahabat saya Zonan Villa menulis dalam blognya begini:
Saya berpendapat, liga utama (Liga Super) kita perlukan 20 pasukan. Liga kedua juga 20 pasukan yang disertai oleh pasukan kelab yang menjuarai liga negeri. Untuk pasukan tercorot pula kita gunakan konsep yang sama digunakan di England. Tiga pasukan tercorot diturunkan ke liga FAM. Tiga pasukan tercorot liga FAM pula pulang ke liga negeri masing-masing. Manakala juara baru liga negeri akan bermain 'play off’ sesama mereka merebut 3 tempat ke liga FAM. Sekadar cadangan untuk menyemarakkan lagi bola sepak Malaysia.
Judul: Cemerlang dan Menang Cara Bola Sepak

Penulis: Ahmad Fauzan Othman dan Shebby Singh
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd, 13 Jul 2006
ISBN-10: 983-3603-95-5
Harga & muka surat: RM 22.50 / RM 25.50 & 208 halaman

Berkaitan:
Pengadil dari Australia, Ben Williams, perlu mendapat rawatan perubatan
Tahniah Khairul Fahmi Che Mat, walaupun Malaysia kalah
Kelantan bukan sekadar juara piala Malaysia

4 comments:

Isma Ae said...

Saya kumpulkan komen-komen membina dari Facebook.

Persoalannya, adakah presiden FAM sekarang perlu berundur?

Web Sutera said...

Sdr. Isma Ae, isu ini amat payah. Semakin sukar kerana presiden FAM adalah Sultan / Raja atau keluarga diraja. Saya suka guna ayat ini, "Baik, Tuanku." :-)

Zonan Villa said...

Tetapi siapa berani JAMIN bolasepak Malaysia akan meningkat jika baginda melepaskan jawatan? Saya fikir hanya org yang tepat yang mempunyai agenda bolasepak sahaja layak berada FAM.

Web Sutera said...

Komen susulan.

Kalau mengikut tradisi negara maju bola sepak, jika pasukanya gagal, biasanya presiden juga akan berundur...:)ini bukan soal JAMINAN tapi soal bertanggungjawab,..HEHE. Sedikit maklumat tentang negara saya. Worawi Makudi, presiden bola Thai sekarang ditekan hebat supaya letak jawatan,kemungkinan dia akan letak jawatan dalam masa terdekat.

Kalau, Raja Thai jadi presiden bola, rasa tak ada orang berani buat tekanan. (Isma Ae)

Tanpa jaminan maka biarlah baginda terus disitu. Apa guna jika pengantinya menjadikan makin teruk? BERTANGGUNGJAWAB amat besar maknanya.. Baginda juga bertanggungjawab diatas segala kemerosotan bolasepak negara. Selagi tiada jaminan untuk orang yang sesuai, pengaruh beliau diperlukan. (Zonan Villa)

Saya tetap berpendapat keluarga diraja tak patut pegang presiden apa-apa persatuan sukan rakyat(kalau golf, polo bolehlah), sebab kritikan hanya sampai pada peringkat jurulatih dan naib presiden sahaja..ke atas tak akan sampai...haha. (Isma Ae)

Saya bersetuju tentang pendapat itu, tetapi bak kata orang nasi dah jadi bubur, dulu golongan diraja dilantik kerana pengaruh mereka dan mahu mesra rakyat sekarang bila semua dah jadi profesional, bila syarikat rokok dah tdak boleh jadi penaja... maka pengaruh itu dah tiada. (Zonan Villa)

Kalau Thai vs. Malaysia, saya sokong Malaysia..haha.

"Bertanggungjawab dalam konteks Melayu adalah terus kekal kuasa tetapi bertanggungjawab dalam konteks bangsa maju adalah insaf, sedar dan beri peluang kepada orang lain pula." (Isma Ae)

Saya sedar akan maksud itu, tetapi siapakah yang layak mengganti? Kita lihat timbalan pun sama darah. La ni siapa yang patut wat keputusan rakyat or barisan kabinet FAM? (Dalam barisan kabinet FAM pun nampak ada agenda tersendiri) (Zonan Villa)

Kena ganti dulu, baru boleh nilai pretasinya, kalau tak ia tetap seperti mitos BN, "kalau PR perintah Malaysia, hancur negara ni"..hehe.

Saya harap FIFA buat undang-undang baru, iaitu pihak eksekutif dalam perlembagaan negara/negeri tidak dibenarkan menduduki kerusi presiden seperti larangan ke atas pak menteri.Raja gopal bolehlah.

Masalahnya FIFA dengar tak cadangan aku ni..haha. Saya penyokong kuat pasukan Malaysia selain sukan sepaktakraw (Isma Ae)

Itulah nasib bolasepak negaraku tercinta... BTW saya dah beli tiket untuk Rabu ini.. demi sokongan tidak berbelah bagi kepada bolasepak negara. (Zonan Villa)


Photobucket
top