Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

9 Muharram 1432H - Ada orang dianugerahkan oleh Allah dengan minda yang cerdas. Hadiri sekali sahaja sesi ajaran guru, lantas terus faham dan dapat menyelesaikan setiap masalah rumus matematik. Aku pula jenis yang agak payah memahami ajaran guru. Justeru itu aku giat melakukan latih tubi dengan mengulang-ulang menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Orang itu berjaya dan aku juga berjaya. Orang itu masuk universiti, dan aku juga beroleh sekeping kertas yang dinamakan ijazah kepujian.

Ada
orang yang mudah meraih rezeki anugerah Allah. Ada orang yang kaya sebaik sahaja dilahirkan ke dunia lantaran legasi bisnes keluarga atau lain-lain tuah. Aku pula bermula dengan bertatih. Merangkak dan berdiri tegap dalam mencari rezeki dan membangunkan bisnes. Orang itu berjaya dan aku juga berjaya.

Setiap manusia dianugerahkan rezeki dan ujian yang rencam serta ada tahap tersendiri. Setiap insan tidak akan sama untung nasibnya.
Namun Allah menyuruh kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Allah itu sifatnya Pengasih dan Penyayang. Allah juga Maha Pembuka. Setiap ujian itu sesuai untuk masing-masing si empunya diri. Bukankah Allah itu Maha Tahu akan setiap hambaNya?

Aku pernah berkata kepada seorang rakan, “Engkau baguslah! Belajar sedikit sahaja boleh skor dalam peperiksaan. Aku pula belajar lebih sedikit dari engkau, teta
pi aku pun skor juga!”

Dalam hal berkaitan, buku-buku karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni banyak memberi penumpuan kepada sudut motivasi. Namun begitu, motivasi yang diketengahkan menekankan kisah-kisah dan pengajaran dalam Quran dan sunah Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), yang cukup memberi kesan kepada aku.

Ada banyak kandungan buku beliau menekankan kepada kuasa Allah dalam mentadbir alam ini, mengenai Tuhan Pencipta alam semesta dan sifat Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Tuhan Pemberi Rahmat.

Rezeki, musibah, mudarat dan anugerah yang diberikan kepada manusia merupakan tanda-tanda sayang dan kasih Allah kepada hambaNya. Yang pasti semua kita akan mati. Orang yang kita sayang, insan yang kita benci dan musuh kita, semua akan mati.

Orang yang mencerca kita, menghina kita, memarahi kita, mengherdik kita, bengang dengan kita, tidak suka dengan kemajuan kita; semua akan kembali menjadi tanah jua akhirnya.


Jadi risau apa. Jangan bimbang, rezeki bukan datang dari manusia, semuanya Allah Penentu Segala. Jangan bersedih dan duka nestapa, setiap kepayahan dan kesukaran adalah ujian dari Tuhan. Akhirnya saat bahagia, gembira dan kemajuan akan menggantikan semua mehnah dunia itu.


Jadi mengapa keluh kesah? Jom berjuang! (Oleh Web Sutera)


P/s: Foto atas: Antara rak buku di rumah aku.

Islam wajib menjadi tuan


Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini. Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad SAW dengan gelaran hambaNya.

Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan.


Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s, malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut. (Oleh
Dr. Mohd Zuhdi Marzuk)

BACA LAGI:
Kehambaan Melayu dan ketuanan Allah

0 comments:


Photobucket
top