Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

5 Zulhijjah 1431H - Apa beza katering biasa dengan katering untuk VIP / VVIP? Siapa tetamu VIP tersebut? Tetamu itu termasuk seseorang menteri kerajaan persekutuan, exco kerajaan negeri, tokoh-tokoh komuniti dan seterusnya menteri besar sesebuah negeri (VVIP) dan Perdana Menteri Malaysia (VVIP). Kategori VVIP juga termasuk layanan untuk sultan atau raja sesebuah negeri, pemangku sultan atau raja, tengku mahkota atau kerabat diraja penting yang lain.

Persediaan dan layanan kategori tetamu VIP dan VVIP ini amat berbeza kerana ianya bukan sahaja melibatkan protokol, malah pakaian krew, hiasan dan peralatan yang digunakan juga berbeza.

Perkhidmatan layanan tetamu VVIP pula memerlukan pembelajaran formal. Kursus layanan khas ini ada diajarkan di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus berkaitan katering dan perhotelan.

Ada beberapa peralatan tambahan yang perlu ada untuk setiap meja VIP / VVIP. Antara lain ialah set dome dan napkin. Sudu, garfu, pinggan-mangkuk dan gelas (jenis goblet berkaki) juga berbeza.

Penyediaan meja makan juga berlainan. Meja disiapkan menggunakan alas satu atau dua lapis. Skirting wajib ada. Jika alas dua lapis menjadi pilihan, gabungan warna menjadi faktor penting. Peralatan makan haruslah disusun terlebih dahulu di atas meja.

Seandainya hidangan makan secara layanan sepenuhnya (tidak menggunakan dome), hidangan disajikan satu demi satu. Di sini peranan pelayan menjadi faktor kritikal. Tetapi jika set dorm digunakan, peranan pelayan mudah sedikit. Pelayan yang bertugas hanya perlu menyenduk nasi dan tuangkan minuman sahaja kepada tetamu. Lauk-pauk sudah siap diisi dalam mangkuk dome tersebut. Peranan pelayan juga merangkumi mengisi semula nasi dan lauk-pauk berkenaan.

Pastinya harga bagi setiap pax juga agak tinggi. Misalnya, jika tetamu biasa harga satu pax ialah RM10, tetamu VVIP pula berharga RM18 hingga RM25 (dengan menu yang sama).

Berkaitan:
Perkhidmatan layanan VVIP

*** Sumbangan dari Lusiana Catering.

0 comments:


Photobucket
top