Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

18 Ramadhan 1431H - Pada tarikh 27 Ogos 2010, saya menerima satu emel meminta menu dan sebut harga bagi satu jamuan makan tengah hari di pejabat American Express, Menara Weld, Kuala Lumpur.

Mungkin tuan-tuan dan puan-puan bertanya apa istimewanya emel itu sehingga saya menyebutnya di blog ini.

Ya, memang ada kelainan dengan emel tersebut. Saya tabik kepada cikpuan Jennie Lee atas penggunaan bahasa Melayu yang cantik dan dieja penuh. Ini contoh seorang anak Malaysia berbangsa Cina yang menggunakan bahasa Melayu secara yang sepatutnya. Saya salin kembali emel beliau seperti di bawah.
Kepada Lusiana Catering,

Saya dari syarikat American Express di Menara Weld ingin mendapat sebut harga dan menu untuk makan tengah hari (bilangan tetamu dirahsiakan). Kami hanya mempunyai bajet dalam RMxxx (dirahsiakan). Jamuan makan ini akan diadakan 2 minggu selepas Hari Raya. Diminta balas segera kerana ingin mendapat kelulusan dari pihak pengurusan.

Sekian terima kasih.
Jennie Lee
Mesej saya bagi orang Melayu ialah tidak malukah seandainya kita menggunakan bahasa Melayu secara bahasa SMS yang caca marba dalam penulisan? Maksud saya di sini ialah bukannya bahasa perbualan harian dan bahasa chatting dalam ruangan borak di Internet. Bahasa perbualan lisan seharian boleh sahaja menggunakan dialek yang diwarisi dan digemari Tetapi bahasa penulisan dalam blog, buku fiksyen dan emel rasmi semestinya menggunakan bahasa Melayu tinggi yang mendaulatkan ejaan penuh dan tatabahasa yang betul.

Berkaitan:
Tulisan SMS macam bahasa dalam filem "God Must Be Crazy"

0 comments:


Photobucket
top