Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

16 Syaaban 1431 H - Penggunaan Internet boleh ditekankan kepada pembelajaran yang melibatkan capaian kepada maklumat. Internet mengandungi kumpulan data dan maklumat yang banyak yang berkaitan dengan pelbagai topik.

Dalam pencarian item maklumat tertentu, domain maklumat boleh dibahagikan kepada tiga kategori mudah. Pertama ialah kategori maklumat yang sesuai, iaitu cebisan maklumat yang sememangnya anda kehendaki dalam pelbagai bidang ilmu.

Kedua kategori maklumat yang memang tidak diperlukan langsung; yang ini merujuk kepada kumpulan maklumat yang tidak ada nilai dan tidak ada kaitan langsung dengan keperluan anda seperti khabar angin, laman web lucah, laman web palsu dan seumpamnya.

Kategori ketiga ialah maklumat yang masih samar-samar. Ianya merupakan kumpulan maklumat yang perlu diperdebatkan dan dibincangkan sama ada ia sesuai atau tidak. Jenis ketiga ini sesuai jika anda ingin memperdebatkan isu-isu semasa dalam bidang tertentu. Peluang pembelajaran melalui Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.

Sila muat turun dari sini untuk rencana penuh.

*** Artikel ini pernah diterbitkan dalam sisipan Komputer, Berita Harian beberapa tahun yang lalu. Ianya juga diterbitkan dalam portal Cikgu.Net yang sudah tidak aktif lagi.

0 comments:


Photobucket
top