Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

26 Rejab 1431 Hijrah - Aku pernah terlupa akan wujudnya masa. Aku mungkin pernah terleka akan adanya waktu dan saat bahagia. Aku juga mungkin pernah terlupa bahawa aku kurang menghargai masa lapangku ,atau kelapangan itu bukan milikku lantaran salah aku sendiri.

Dahulu aku dicengkam kesibukan yang entah apa-apa. Sibuk dengan urusan yang menusuk jiwa nurani. Sibuk dan sibuk sehingga nafas seakan tersekat di rengkungan dunia tanpa segera menyedarinya.

Sedikit masa dahulu ada ketikanya aku berfikir apa yang akan aku buat esok harinya. Bagaimana akan aku hadapi kemelut hari esok. Bagaimana aku bimbang dan resah akan keputusan hasil usaha semalam pada keesokan harinya.


Alhamdulillah. Allah membuka jalan untuk aku. Allah yang Maha Pembuka Jalan memberikan aku ruang waktuNya untuk mencicip saat-saat indah bersamaNya. Aku istiqamah dalam menguruskan bisnes katering. Ada masa terluang untuk aku membaca Quran, meneliti hadis Rasulullah (S.A.W) dan menelaah buku-buku yang baik. Masa untuk keluarga lebih terbuka. Saat bersantai semakin indah.


Allah itu kasihNya sangat luas. Cuma aku yang terleka dek mehnah dunia dalam mencari habuan fana yang amat sedikit. Subhanallah! Ampunkan dosa hambaMu ini.

0 comments:


Photobucket
top