Assalamualaikum. Terima kasih atas ucapan selamat dan doa sempena ulang tahun kelahiran saya pada 29 Mei 2010 yang lalu. Semoga Allah mengabulkan semua doa tersebut. Amin ya Allah ya Rabbal 'Alamin.
Pada tarikh tersebut saya berada di sebuah perkampungan yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau, di Parit Buntar, Perak. Insan pertama yang mengucapkan doa hari lahir ialah isteri tersayang (chef Lusiana Catering).
Di majlis (nanti saya ceritakan lebih lanjut di blog katering, insyaAllah) di kampung tersebut, isteri mengambil kesempatan menyuapkan kek sambil dinyanyikan lagu Happy Birthday oleh beberapa sanak-saudara sebelah isteri. Alhamdulillah, bertambah setahun lagi umur saya. Subhanallah!
Ucapan terima kasih dan penghargaan juga saya panjangkan untuk rakan-rakan Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC). Tuan-tuan dan puan-puan semua merupakan sahabat yang prihatin.
Kepada novelis Siti Rafidah Hassan Basri, terima kasih atas ingatan dan doa. Novel beliau berjudul Dunia Belum Berakhir di sini.
(Foto: Isteri menyuapkan kek, sambil diperhatikan oleh seorang nenek dari Singapura. Agaknya nenek berkata, "Apalah dia orang buat itu?". Jangan hiraukan krim kek yang melekat di dagu dan bibir. Itu memang disengajakan setelah didesak oleh seorang rakan!)

2 comments:
Salam sayang kepadamu wahai Saudaraku Tuan Web.
Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera dan ceria selalu.
Abang Long
Terima kasih, Abang Long. Moga saudara juga sentiasa di bawah payung cinta Allah. Amin! Semasa di Parit Buntar, cuaca panas betul..hihihi. Ingat mahu singgah di Taiping dalam perjalanan pulang ke KL, tapi tak jadi.
Post a Comment