Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Tuan dan puan penulis serta para penerbit yang menerbitkan karya-karya yang tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul, saya katakan saudara PEROGOL BAHASA MELAYU.

Ciri-ciri PEROGOL BAHASA MELAYU adalah:

- Menggunakan sistem ejaan yang tidak lengkap dan salah,
seperti kependekan yang memualkan.

- Menggunakan tatabahasa yang salah.

- Menggunakan sistem morfologi (penambahan) yang salah.

- Menggunakan sistem sendi yang salah.

- Menggunakan perbendaharaan kata yang salah.

- Menggunakan semantik (makna) yang salah.

- Menggunakan bunga-bunga bahasa yang salah.

- Menggunakan sistem panggilan yang salah.

- Menggunakan adab-adab berbahasa yang salah.

(Ciri-ciri yang disenaraikan saya belajar dari Sifu Ainon, pejuang bahasa Melayu yang tidak pernah lelah dalam melestarikan bahasa. Namun istilah PEROGOL BAHASA MELAYU adalah dari saya sendiri.)

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Web Sutera said...

Sdr Tanpa Nama, jangan takutkan saya pula :-)

Tuan dan puan, lanjutan dari entri ini, saya akan lancarkan kempen boikot Perogol Bahasa Melayu. Kempen ini bermula dari saya dan keluarga sendiri.

Saya akan terbitkan entri-entri berkaitan penulis-penulis dan buku-buku berkenaan, tanpa mengira siapa dia. Walaupun mungkin buku Perogol Bahasa Melayu itu diketorikan sebagai best-seller, namun ianya tidak terlepas dari boikot saya.

Saya tidak akan mengambil sikap apologetik dalam hal ini. Baca pemidang di atas blog ini untuk mengetahui pendirian saya terhadap bahasa.

Kata Dulang Paku Serpih said...

Salam saudara..
Bukankah suatu perjuangan itu dimulakan dari membersihkan diri sendiri dahulu? Lihat sahaja blog kendalian saudara ini.. semua ciri Perogol Bahasa Melayu ada padanya..

Sebelum saudara mulakan kempen memalukan orang lain.. baik kiranya saudara bermuhasabah sebentar kerana terdapat banyak faktor yang memungkinkan sesebuah karya mengandungi kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan.. bagaimana sekiranya nanti saudara bersikap tidak adil tanpa menyelidiki terlebih dahulu sasaran sebelum membidik hanya dengan dorongan emosi tanpa kenal apa perkara yang berlaku disebalik tabir sebelum sesuatu karya itu memasuki pasaran?

Jadi sebelum terlajak perahu, harap saudara bermuhasabah dahulu. Ini kerana diakhirat nanti, segala yang kita tidak tahu akan diberitahukan kepada kita. Malang sekiranya, di tempat itu nanti, kita diberitahukan bahawa kita telah melakukan sesuatu yang kita rasakan mendatangkan pahala, tetapi hakikat sebenarnya ia menjadikan kita muflis di hadapan Allah yang maha adil nanti.

Saya hanya berpesan kerana saya selalu melakukan kesilapan.

Web Sutera said...

Sdr tanpa identiti (Kata Dulang Paku Serpih), terima kasih atas komen. Saya akan teruskan kempen ini.


Photobucket
top