Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Teknologi komunikasi maklumat (ICT) menjanjikan pembaharuan dalam penyebaran maklumat yang semakin banyak mempengaruhi masyarakat masakini. Dunia dalam era terbaru ini turut membawa perubahan kepada struktur sesebuah masyarakat khususnya dalam aspek perhubungan anggotanya yang mana interaksi sosial tidak lagi terhad kepada komunikasi secara lisan dan bersemuka.

Apabila lebih ramai anggota sesebuah masyarakat itu mampu mendapat maklumat, maka masyarakat tersebut akan menjadi lebih dinamik. Begitu juga dengan masyarakat Islam, sudah tiba masanya untuk memahami dan meraih manfaat daripada perkembangan ICT yang turut merangkumi teknologi dan penggunaan Internet.

Dalam pada itu yang turut sama penting ialah bersedia menghadapi segala bentuk cabarannya. Pengetahuan dan maklumat sememangnya perlu serta menjadi tuntutan bagi masyarakat Islam untuk memantapkan iman yang menjadi dasar kepada nilai dan budaya.

Sehubungan itu umat Islam harus menghilangkan rasa takut mereka terhadap penggunaan ICT dan Internet untuk mempromosi dan melaksanakan pelbagai aktiviti berdakwah dan penerangan Islam, terutamanya kepada masyarakat bukan Islam, lebih-lebih lagi dalam suasana pihak Barat yang mempromosikan banyak kumpulan Islam sebagai pengganas.

Artikel penuh boleh dimuat turun dari sini.


*Artikel ini pernah diterbitkan dalam majalah Dewan Agama & Falsafah, Dewan Bahasa dan Pustaka

0 comments:


Photobucket
top