Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

(PTS Publicatons & Distributors Sdn. Bhd dengan bangga melancarkan promosi besar-besaran sempena Maulidur Rasul 1431 H. Berbeza dengan sambutan-sambutan seperti ceramah dan perarakan secara besar-besaran, PTS kali ini mengajak orang ramai mengenali peribadi Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) serta menghayati perjuangannya sekaligus mencontohi segala amal perbuatan beliau. Info seterusnya.)

InsyaAllah, sila baca pendapat di bawah. Sila beri perhatian pada ayat yang diboldkan. Itu intipati yang mesti kita fahami. Tradisi tidak semestinya betul.

I am not sure of the reasons about the hoo-has surrounding the 'decision NOT to have the Maulidur Rasul march' this year in Penang.
Maulidur Rasul marches have one overriding aim in mind- that of publicly showing our love to the Prophet and showing to the world, that here in Malaysia, we are good Muslims. Good Muslims march in processions.

They sing selawats loudly. The essence of Muhammad and his message are often lost in the bin of marches.


Firstly, there wasn't any decision to ban at all. If Lim Guan Eng does that, it would be politically suicidal for him. As a non-Muslim, he must have Muslim advisers. Go ask them what happened. Listening to the head of Jabatan Agama Islam Penang, he didn't indicate of any decisions not to hold events celebrating Prophet Muhammad. Indeed he was indicating looking at alternative forms/events on how to celebrate Prophet Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) meaningfully.

If it's true that
Penang is going to have a 3 day celebration of the Prophet by way of several programs, those events may turn out to be more meaningful.


The newspaper which made the reports didn't get the facts right and in the end, made the DPM look stupid. If Mohd Ali aka Cassius Clay were to be in Malaysia, he would be saying to DPM- you are stupid as you look. Tun Pak Lah? Well you know, maybe he was sleeping and people doubt whether he reads newspapers.


Second thing, about this Maulidur Rasul. It is insulting to Muslims to suggest that marching and sweating it out is the way to express our love to the prophet.


Perhimpunan Ummah, having special prayers, recounting the life of the prophet are better ways to celebrate our Prophets.
(Source Malaysia Today)

PULAU PINANG, 13 Feb (Harakahdaily):
Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.


Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini. Pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.


Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman. Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.


Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri. Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah Sallallahhu’alaiwasallam itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.


UMNO mendidik Melayu menjadi Pak Pandir (Oleh Anak Sengat)


Isu perarakan Maulidur Rasul mula menjadi isu politik yang lebih bersifat perkauman. Memang UMNO menggunakan isu agama dan kaum untuk menguasai pengundi Melayu, sebaliknya bagi pengundi bukan-Melayu mereka akan dipengaruhi melalui peruntukan.


Di saat orang Melayu dilalaikan dengan isu nama Allah, orang bukan-Melayu diberi peruntukan. Di Perak sebagai contohnya, mereka dianugerahkan dengan lot tanah, peruntukan untuk SJKC/T, dan berbagai peruntukan lain lagi.
Sayangnya Melayu terus dihangatkan dengan isu yang datang dan pergi. Lebih malang lagi isu itu pula ialah isu yang bukan keputusan yang diangkat menjadi isu negara.

Di saat TPM mensifatkan pembatalan itu sebagai satu penghinaan terhadap Islam, Khairy Jamaludin juga mensifatkannya sebagai satu penghinaan. Lim Guan Eng sebagai ketua Menteri Pulau Pinang menafikannya dan Abd Malek pula telah menjelaskan kekeliruan tersebut.


Isu perarakan sempena Maulidur Rasul hanyalah satu program tradisi. Ia dijadikan amalan masyarakat Malaysia. Ia bukan tuntutan agama, bukan syariat, hanya mungkin bersifat syiar.


Diadakan atau tidak perarakan itu tidak penting, namun mengisi program yang bermanfaat adalah agenda utama yang disarankan untuk menghargai sambutan tersebut. Apa guna dihabiskan wang yang banyak hanya untuk berarak jika yang berarak itu pula ada yang tak solat lantaran letih berarak.


Berarak atau tidak bukan isu. Isunya orang Melayu dilenakan dengan isu yang tidak membawa mereka ke mana mana. Di saat bangsa lain menuntut sesuatu yang bersifat nyata dan menguntungkan, UMNO mempermainkan bangsa Melayu dengan isu yang akan berlalu begitu sahaja. Inilah politik membodohkan Melayu yang diamalkan UMNO.


Benarlah kisah Pak Pandir; menang sorak, kampung tergadai. UMNOlah yang mengajar bangsa Melayu menggadai kampung dan negeri mereka.

2 comments:

Zaidan said...

"Melayu agungkan sangat adatnya....pengisian & hukum Allah tak nak amal. makin lama asas Islam dilupa. Keseronokan diutama. Masa itulah nak menuduh ulama itu kolot. Tapi mereka tak tahu dari mana asal usulnya...."

-- Zaidan Zainuddin, dari Facebook.

Isa Kumari said...

Menarik jika fakta sahih dapat dijadikan sandaran


Photobucket
top