
Pengerusi syarikat penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Puan Ainon Mohamad menulis dalam blognya bahawa semenjak Dawama mengambil alih hak mencetak, mengedar, mempromosi dan menjual buku-buku teks yang diterbitkan oleh DBP, lebih kurang RM550 juta sudah dibayarkan oleh kerajaan kepada syarikat itu. Walhal dalam masa yang sama, menurut Puan Ainon, sumber DBP membawa khabar bahawa daya usaha sudah dilakukan bagi mencari jalan keluar pada masalah prestasi buruk pengurusan Dawama terhadap pengedaran dan penjualan buku-buku tebitan DBP.
Menurut Ketua Pengarah DBP, Dato' Termuzi Abd. Aziz, meskipun prestasi Dawama amat buruk, DBP hanya boleh menamatkan perjanjian penswastaan antara DBP dengan Dawama dengan syarat kedua-dua belah pihak sama-sama bersetuju.
Apa sudah jadi? Siapa yang mempunyai kepentingan dalam hal ini? Lebih setengah bilion ringgit bukannya jumlah yang kecil. Ada orang yang menjadi jutawan sekelip mata. Wang siapa yang dibazirkan itu?
2 comments:
Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?
TERIMA KASIH :)
Abang Long, alamak hai! Mahu jawab apa? Jawapan pekena atau apa? Hahahahah...
Mungkin, duit raya? :-)
Post a Comment